19 July, 2013

Buku itu Indah


Bismillahirrahmanirrahim.
Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum



Ramadhan Kareem


ALHAMDULILLAH , sudah habis fasa pertama pada bulan Ramadhan.
Apa yang kita dapat daripada fasa kerahmatan ini ?
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menjadi hamba Allah yang taat , soleh dan solehah
InsyaAllah .

Sebenarnya , saya sekarang ni tiba-tiba teringin nak beli buku.
Buku La Tahzan dan Dari Lubuk hati Ibu tu belum habis ku baca.
Baca buku ilmiah bukan seperti kita membaca newspaper,magazines or novels
sebab bila kita baca bahan ilmiah 
minda kita tergerak untuk berfikir
mengajak hati untuk terus mendalami
dan mengamalkan tentang apa ilmu yang telah dibaca
serta yang paling penting,FOCUS tu penting
Tanpa focus , isi kandungan buku tu tidak masuk dalam kepala
Hmm.

Semoga aku mengambil ibrah atas segala yang berlaku
dan tidak membiarkan kejadian itu berlalu begitu saja
Tidak akan
pernah..

*Tak boleh nak beli sekarang sebab duit tade=bulan Ramadhan : Puasa perut , puasa duit . Huuu*

12 July, 2013

Syiah

Bismillah.Sollu Alan Nabiy


Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi pasal SYIAH.
Apa itu SYIAH ?
Nah di bawah ini jawapannya.
InsyaAllah.



Apa itu Syiah ?
Penuh news feed kita pasal syiah kan ?

Dan kita masih berdiam diri .
Masih tak mahu ambil tahu .
Masih leka dengan teduhan kasih dan sebenarnya saya isteri dia .
Masih terbuai bermesej dengan pakwe/makwe .
Masih rasa tiada kena mengena dengan kita .
Masih lagha dengan hiburan nyanyian , menari dan bergelak ketawa .

MARI kita ambil tahu sedikit sebanyak pasal Syiah ni .
Jangan risau , baca secara santai , InsyaAllah tak sampai 15 minit .
Sekurangnya kita ada gambaran apa itu Syiah .
Let's check it out . Eh! 

-------------------------------------------------------------------------
Tempat bersemadinya Kepala Saidina Hussin r.a




Apa itu Syiah ?
Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu .

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
Dia adalah seorang Yahudi .
Dia berasal dari Yaman .
Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik .
Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan , 
Saidina Uthman tak layan dia .
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni .
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil ) ,
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ .

SEBAB ?
Antaranya ialah ,
SYIAH MENDAKWA ,

-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .

--Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .

--Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

--Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .

--Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .

--Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .

Mereka hormat dengan setinggi-tinggi hormat kepada Saidina Hussain oleh sebab rasa bersalah atas kematian Saidina Hussin dalam perjalanan ke Kufah.Orang Kufah di Iran telah memanggil Saidina Hussin untuk menjadi khalifah mereka dan dalam perjalanan ke sana , Saidina Hussin di bunuh.Kepalanya terpisah daripada badan , dikerat oleh tentera-tentera pada zaman Khalifah Yazid bin Mu'awiyah . Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah.Jadi,apabila datang bulan Muharram lebih-lebih lagi hari Asyura , mereka akan memukul tubuh badan mereka sehingga berdarah.

*Gambar tersebut hanya imaginasi orang SYIAH
**Diambil dari web orang Syiah 

--Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .

--Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

--Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

---------------------------------------------------------------------------

Astaghfirullahala’zim .
Nauzubillahiminzalik .
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Ternyata syiah ini telah jauh terpesong .
Mereka mensyirikkan Allah .
Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi .
Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama level dengan Allah .
Allah..Allah..Allah..
Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf ,
Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita .
Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel , tetapi juga Rusia , China dan Iran .
Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’ ,
Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita ,
Mereka lah antara yang menghantar bom , senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .
Syiah itu sesat .
Jangan kita memberi muka kepada mereka .
Jika ada dalam kalangan kita yang syiah ,
WAJIB kita betulkan .


Ha,air ini lah.

Tahu air mineral ECPI ?
Alaa , yang mahal tu .
Jangan terkejut!
Air itu air syiah .
Sponsor terbesar Syiah di Malaysia .
MOHON BOIKOT .

Oh , lagi satu mereka ni suka bertaqqiyah .
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). 
Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. 
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .
--Hipokrit everywhere—Lalalalala~

---------------------------------------------------------------------

Macam mana nak tahu tempat tu tempat syiah ?
Tempat mereka bernama hauzah .
Hauzah itu macam surau/masjid bagi umat Islam .

Macam mana nak kenal syiah ?
Time mereka sembahyang , mereka akan meletakkan tanah karbala ( macam batu bulat kecil ) di tempat sujud , mereka akan sujud atas tanah itu , kalau tak kena tanah karbala itu , tak sah sembahyang mereka 
. Pftttt ==”
Lepas habis sembahyang , lepas memberi salam , mereka akan menepuk paha mereka tiga kali . Motif ? ==”

Alhamdulillah .
Ni lah serba sedikit tentang Syiah .
Nak lebih banyak info dan lebih dalam ,
Sila baca di newsfeed kalian mahupun membaca di blog / menonton di youtube / baca buku/kitab yang berkaitan . 
Moga Allah redha :’)

P/S : Wajib bagi kita menpertahankan akidah kita . Ya-Allah , jauhilah kami dari kesesatan Syiah , matikanlah kami dalam Iman , dalam Islam . Aamiin 





Credit :
Pendosa tanpa noktah ,
Nur Diana .



Wassalam.

Shahru Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy .

Assalamualaikum .



Ramadhan Kareemmm !


Ha ,nak jawap apa ea? Jawaplah " Allahuakram " :)

Salam Ramadhan saya ucapkan kepada semua . Syukur kepada Allah Taala yang telah menyampaikan kita pada bulan yang mulia ini . Alhamdulillah . Bulan Ramadhan yang penuh berkah , limpahan rahmah dan ujian kepada kita .

Bulan ini straight setiap malam kita akan bulan solat sunat.InsyaAllah.Solat sunat Tarawikh.Sesiapa yang senang hatinya untuk beramal ibadah maka Allah akan senangkan urusannya.InsyaAllah.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita hati yang salim , fikiran yang cerdas , badan yang cergas dan yang penting hubungan kita dengan Allah .

Semoga sampai ke puncak MARDHATILLAH .

Wassalam.