24 May, 2012

Yuhuu


Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah ala kulli hal . Exam dah habis !! Yeay :D
Tapi ntahlah , rasa tak merdeka cam dulu dulu . Yelah , mugonyo ado 2 exam lagi tak lepah.

Pepon , pray 4 me  . May Allah bless you , dear.

Ok tu je :D

Wassalam.

16 May, 2012

That knowledge

islamicquotes11:

 living that knowledge is best for you.

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy.

Assalamualaikum.

Masih segar dalam ingatanku , ketika aku baru mengenal erti halawatul islam.Sibuk membaca kitab-kitab lama milik Umi yang masih tersimpan rapi dan masih tersangat elok . Banyak sangat . Dalam kitab tu banyak edisi-edisi bulanan yang Umi kumpulkan untuk membuat sebuah buku besar. Banyak sesangat . Tak habis tangan nak baca tapi tetap baca kerana membaca kitab itu membuka mindaku yang separa sedar .Allah ..

Pernah ketika , aku menanyakan Umi perihal ilmu . Tanyaku ,

" Umi , kalau orang baik tapi tak pandai lagu mana Umi ? "
" Bagus tu tapi baik dan pandailah lebih baik . " Jawap Umi . 

Otak ku ligat berfikir . Kenapa begitu ya ? . Oh , rupa-rupanya kerana adanya ilmu lah seseorang itu menjadi lebih baik . Amal tanpa ilmu tidak diterima Allah tau ? ( Tak sah )  :)

Dan sekarang , aku 'kehilangan' kitab itu untuk sementara waktu . Kitab itu sudah berhabuk walaupun ia disimpan dalam bilikku . Sedih . Kecewa dengan diri sendiri kerana lebihkan ilmu dunia dari ilmu akhirat. Tahun yang agak menyesakkanlah bagi saya.

Anyways, thanks Allah .
Sematkan cintaku pada-MU wahai Tuhan untuk merasai indahnya menjadi seorang hamba ! Hamba yang bertaqwa . Ameen.

Wassalam.
Dukhturah Sya.

Pemerintah terbaik

tartlert:

Whew, I haven’t been on in forever! Anyways something to share for now, I’ll be posting again soon, insha’Allah.


Assalamualaikum.

Sangatlah rendah hati seorang Umar. Beliau bukanlah pemimpin kepada sebuah negara kecil, apalagi sebuah 


kawasan mahupun daerah yang kecil. Beliau adalah pemimpin kepada sebuah khilafah yang bernaung di 


bawahnya banyak negara-negara yang tunduk pada kekuasaan Islam.


Hebat orangnya. Tetapi, kehidupannya tidak seperti kebiasaan pemerintah-pemerintah yang wujud pada hari 



ini. Hidupnya sangatlah sederhana, cara berpakaiannya pun seperti rakyat biasa, bahkan tidak ada pengawal 


pun yang menjadi bodyguardnya sepanjang hidup dan pemerintahannya.


Kalau hendak bertemu dan meminta tolong daripada sebahagian pemerintah hari ini, perlukan prosedur yang 



banyak dan rumit pula, tetapi hendak bertemu dan minta tolong daripada Umar, tidak ada prosedur yang 


rumit.




Bahkan, Umar pula, seorang pemimpin yang besar, turun melihat keadaan rakyatnya dan tolong mengangkat 


guni makanan pula untuk rakyatnya yang dirasakan telah diabaikannya.

Sebelum Islam, seorang penentang tegar,



Tetapi selepas Islam, imannya habis-habisan menggegar.


~Afdholul Rahman of LangitIlahi


[170512]

14 May, 2012

Hari ini exam


Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy.

Assalamualaikum.

Ok, hari ni first day exam.Tak lain tak bukan untuk cakap pasal exam.Hari ini BM 1 dan BM 2 . BM 1 tu memang kurang membaca lah sebab tak tahu nak baca apa .. =.= . Cedok je mana jawapan yang dirasakan sesuai. Sajak tingkatan 3 sudah baca cuma tak hengat . Hah , padam muka :3

BM 2 tu , ringkasannya tentang kepentingan mempelajari sejarah . Nak ketawa baca tajuk tu sebab kelmarin ( Ahad ) baru saya kutuk yang subjek Sejarah ni bukan semua fakta dia tepat dan benar . Hohoh . Alhamdulillah yang lain boleh jawap.

Esok BI . Tak tahu nak tulis apa .  Tapi belum cuba belum tahu.Ma'attaufiqwannajah ! =))

Wassalam.
Dukhturah Sya.

11 May, 2012

Ecame

 Do not let your shadow walk YOU,you’re not a slave of the past,….move on! ..today is another day Allah gives you chances to change yourself for the better

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy.

Assalamualaikum.

Hey , hari exam dah nak dekat.Sediyh tengok diri sendiri . Hukhuk.Online pagi-pagi.Rasa jam sungguh otak sebab tumpukan pada komputer ke hari-hari.Dahlah exam lusa dah.Ni diri ni tak hafal lagi.Just belek-belek ;p . Sesiapa yang jadi macam saya ni harapnya bersabarlah ye, kita hidup ni tak sempurna. -.-

Well , kita jadi yang terbaik apa salahnya.Lintas budak paling cemerlang dalam kelas ! YEah !! Tapi kena usaha lebihlah.Paling penting , kita belajar bukan nak pangkat , tapi kerana LILLAH . kan ? :)

Tak sabarlah nak baca buku banyak-banyak.Nak dapat cemerlang dalam result . Ha , orang yang tengah terlintas atau terbaca kat ayat-ayat ini silalah doakan saya ye.semoga berjaya . Amin . hehe . (tadahlah tangan sekali.huhu)

Saya nak jadi orang yang paling hepi sekali kat dunia.Sebab esok bulum tentu saya masih hidup kan? Jdi saya nak mintak maaf banyak-banyak kepada orang-orang yang saya pernah buat salah atau dia yang buat salah kat saya.Saya minta maaf banyak-banyak. Kita hidup tak lama :')

Baiklah,terima kasih kerana mengAMINkan doa saya.Semoga Allah limpah rezeki yang baik buat kalian dan terima kasih kerana maafkan saya.InsyaAllah, walaupun tahu tiada orang yang baca diary kesayangan saya ni melainkan saya sendiri untuk mengenal diri saya sendiri melalui kata-kata yang saya taipkan :)

Apepon , saya sayang blog ni ! XD

Wassalam.
Dukhturah Sya