09 April, 2013

Madrasatii

Bismillah.

Assalamualaikum .

Ujian pengesanan sudah lepas , sekarang ujian pertengahan tahun akan tiba pada awal bulan lima nanti.Ma'attaufiqwannajah semua .

Saya bangga dengan sekolah saya . Hatta mereka yang di Maahad memandang rendah pada sekolah saya tapi bagi saya sekolah saya mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang saya tak nampak kat sekolah lain . Sekolah saya merupakan sekolah bantuan tetapi jangalah yang memberi bantuan itu menganggap kami seperti tiada maruah , jangan dihina , jangan dicaci . Simpan saja bantuan jika itu yang anda mahukan kerana anda sedeqah atau tidak , status anda sama  .

Sekolah saya walaupun tidak segah dengan sekolah lain tapi bagi saya sekolah saya sangat berjasa. Masa saya tingkatan 1 saya duduk di bangunan kayu . Memang rasa panas sikit sebab kipas atas kepala nak nazak etep .

Sekolah saya tiada aliran sains mahupun teknikel , yang ada cumanya aliran sastera.( Mungkin ) . Usah takut / risau akan rezekimu kerana yang memberi dan memegang rezekimu hanyalah ALLAH . Jadi , usah takut jika dirimu beranggapan belajar sastera sia-sia . Allah tahu apa yang terbaik untukmu pada masa depanmu . Jadi buat sekarang , belajar bersungguh-sungguh biar mereka di Maahad tahu sek2 kito panda belakooo !

INSYALLAH

Sollu Alan Nabiy
Wallahua'lam

24 March, 2013

Come,Study,Heart




Bismillahirrahmanirrahim. Sollu Alan Nabiy 

Assalamualaikum :)

Rasa gembira sangat hari ni sebab mak sedara ana datang dari KL . Tapi , buat malu-malu kucing pula , padahal rindu sangat . Kitorang panggil beliau CikNa. CikNa pernah bawa ana dan 2 orang adik beradik yang lain jalan-jalan dekat KL . Kitorang kan duk Kelantan jadi kitorang diberi pendedahan sikit apa yang ada dekat KL . Masa tu , ana umur 10 tahun :)

Lama dah .


Dan yang lain pula , ana dah berjaya seimbangkan badan ana . Ana naik motor tadi ... berjaya ! Tapi terlalu deras / laju ana membawanya . Baru belajar kelmarin jadi tak tahu macam mana nak perlahankan motor tu , sebab ana suka bawa laju-laju ^_^ sampaikan adik ana yang ana bawa tu kata "  Woi ,tak sayang nyawa ke " . Heheh , dop kot .


Ya Allah , jagalah hati ini . Tak sangka hati ini boleh terpaut pada dia . Hanya diam-diam . Biarlah , hanya DIA yang Maha Mengetahuinya .

InsyaAllah

05 March, 2013

Strength

Tuhan tidak pernah menjanjikan satu hari tanpa ujian dan halangan dalam kehidupan ini,
tetapi Dia menjanjikan kekuatan buat kita setiap hari untuk melalui semua ujian yang Dia beri.

The best quote from Hilal Asyrat that insprised from Allah SWT :')


Tuhan , berikan aku kekuatan untuk aku hadapi ujian yang diberikan hatta besar pada pandangan manusia tetapi kecil bagi aku . insyaAllah Amin .

Salahuddin Al-Ayubi ada mengatakan ; aku meminta kekuatan tetapi Allah SWT bagi aku ujian untuk aku kuat .


Kuatkan aku wahai Allah .

Allah , aku..

kenapa aku buat perkara yang sangat bodoh pada hari ini . Kenapa dengan aku ? Aku bukan seperti manusia lain . Aku tak cantik , aku jahil , aku perasan , aku ego , aku tidak waras . Ya Allah , kenapa dengan aku . Jagalah hati ku wahai Allah , usah gelegakkan tangga perasaan ini . Allah , minggu depan aku ada ujian , lepaskanlah segala kekusutan dan kelemahan yang melanda . Allah , janganlah mereka mengata apa-apa tentangku . Aku mohon maaf jika aku ada menimbulkan fitnah . Ampunkan aku wahai Allah ....


Luahan rasa yang tidak menentu pada hari ini . Selasa .

SUKAN ESOK

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum .

Memandangkan esok sukan , jadi nak bercakap pasal sukan sikit . Sukan bagi saya sangat menyeronokkan sebab kita dapat berseronok. TU je .

Selain itu juga , kitorang dapat bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim  .Contohnya , kitorang main bola tampar , walaupun tak kenal tapi kitorang tetap bekerjasama jugak sebab nak menang lah kan.Kalau menang kitaorang sangat seronok dan tegur-menegur...kalau kalah , diam membisu  .. Ahah , xdelah sampai macam tu .

Kebanyakan geng-geng yang menang sukan ni pelajar-pelajar yang kitorang panggil 'metho' .. Ada jugak yang alimnye tapi kebanyakannye dari orang macam tu. Walaupun bersifat macam tu , diorang tetap punya hati yang baik . Cayelah .

Kepada kumpulan kuning , Good Luck korang !

(: