31 December, 2011

Tahun Baru.

Alhamdulillah , hari ini tertutup tirainya hari ini pada malam ini . Sekarang siaran tv syibuk duk siar kegemeliangan sinar 2012.


Alhamdulillah , sudah gegar bumi ini dengan laungan tahun baru! . Aku berharap , semoga tahun baru ini adalah TAHUN BARU yang seBenar-benarnya buat mereka,dan juga aku.Allahuakhbar!


Tapi,adakah rakyat palestine juga menyambut tahun baru dalam erti kata yang sebenar-benarnya? :'(


InsyaAllah .

  • Solat awal
  • Taat kepada Allah SWT , Rasulullah SAW , umi ayah
  • PMR 
  • Jauhkan diri dari benda lagho'
  • Tak nak jatuh cinta ( jatuh tangga lebih baik . ngee
  • Buat benda mahmudah
  • Baca buku 
  • Pastinya , mati dalam iman 
Tidak ditulis secara knologi ( gitu kot ejaan dia.huhu )

Nak ! 
Sila baca dengan habis.ngee.

30 December, 2011

Sahabat ILal Jannah | Aakhiri ha

Salam alaik.Pagi sebelum subuh ni nak citer pasal besfren saya.Namanya Nurul Ain bintu Shakri.Pastinya dia seorang yang baik,memahami,pintar ....


Aku tak pernah jumpa sahabat seperti dia selepas kami berpisah mengikut haluan masing-masing bila habis UPSR.Ain pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Panji,manakala aku pula di SMU(A) Tarbiah Mardhiah . Walaupun nak hampir dekat ( kira-kira 1.5 km/ 2.5 km ) , tapi kalau jalan sampai.Nak jumpa Ain.Rindu :(

p/s : Hah,takpelah.Chow dulu.Azan subuh sudah berkumandang.Selamat mengerjakan solat fardhu Subuh bagi wilayah Kuala Lumpur , Putrajaya , Shah Alam dan yang sewaktu dengannyaaa... ^^

Fi Amanillah !

calm

Kulihat diluar, indah.

Ku cari ketenangan biarpun aku tahu bahawasanya ketenangan itu ada dalam diriku.Cuba bertenang,meskipun payah .



29 December, 2011

Camat paghi ~


Apa yang dia kata ya?Pink semuanya.guaaaa ==''




Masa kecil merupakan masa yang terindah sekali.Karna tidak perlu memikirkan tentang masalah , bebanan . Yang tahu hanya seronok saja meski hati kecil tahu apa yang berlaku.Itu gambar kartun cute tu , selalu je main time kecik-kecik.Haha...pastinya kenangan.


Sekarang baru lepas Subuh, saya sorang je kot yang duduk ngadap laptop.haha :)
Saya cuma nak cakap, tutup mata lu..hehe^^


















sahabatku....saya bagi cinta.
kerana cinta  saya,kamu , dia dida'wah :')


okeyh,chow dulu.assalamualaikum ^^

al-Quran = penyembuh mujarab


Bismillahirrahmanirrahim.

Jika kita pandang tinggi dengan buku ahli sihir ( Book Of a Wizard ) , tidakkah kita sedar. Bahawasanya kita memiliki buku lebih KUAT dan MANTOP daripada buku ahli sihir itu? Mereka yang beriman pasti tahu.Mereka yang beramal dengannya pasti tahu.Mereka yang selalu membacanya pasti tahu apakah ia.

ia adalah ALQURANUL KARIM.



Tidakkah kau sedar,alquran penawar bagi penyakit zahir dan batin.Orang yang kerasukan jin,yang penyembuh yang terbaik adalah ayatul Quran.Limaza ? kerana ayat-ayat dalam Qalam Mulia-NYA adalah Firman-Firman Mulia dari-NYA... Jin penciptanya Allah,pasti dia takut pada Allah SWT..

Tapi jika kita menggunakan kidmat ahli sihir ( Nauzubillah ) ianya bukan sahaja tidak berkesan , tetapi lebih menyakitkan!!! Saya tidak pernah rasa secara 'betul-betul' tetapi saya rasa dari nurani saya yang tidak seberapa ini.Masya'Allah.

Fadhilat -->

  • Sesiapa ada penyakit Asma,insyaAllah boleh sembuh
  • Siapa ada demam,silakan berpuasa
  • Siapa yang mahu solat awal waktu,bacalah surah An-Nasr 10 kali pada waktu malam setiap hari
  • Siapa sakit bacalah al-Quran

Apabila membaca al-Quran,saya merasa seperti gambaran . Huru hara hari kiamat , hari kebangkitan , sirah , isra' mikraj ' dan banyak lagi.Erti kata lain semua ada.Lengkap! ^^

SUBHANALLAH :DD

hehe alhamdulillah,itu saja:)

Buku = PMR

Baca dengan MATA HATI =)


Minggu depan nak nak buka sekolah.Aihh,,, bermulalah kisahku dengan buku nanti,semuanya buku!
PMR BUKU.hehe:DD


Moto ::




  • Jangan tengok benda lagha!
  • Jangan tengok benda maksiat!
  • Bersihkan hati,jiwa,minda dan semuanya
  • Lupakan kesalahan orang
  • Lupakan tentang  kahwin , setadi luh,hehe..
  • Doakan untuk umi ayah,muslimin dan muslimat
  • Usah dengar kutukan orang,anggap ianya penaikan semangat
  • Usah bangga dengan pujian orang,anggap ianya satu gurauan
  • Solat baik-baik + khusyu'
  • Jaga hati
  • Jodoh tak kemana
Dan yang penting TAWAKKAL ILALLLAH

Itu saja,dah larut malam ini.Sorang-sorang dalam bilik pulak tu..Usah risau,radio menemani.huhu.
Allah ada.solat Tahajjud.Jangan lambat-lambatkan solat.Tidur lewat tak baik untuk kesihatan.

  • Boleh membantutkan pertumbuhan
  • Ngantuk = Mata bengkak
  • Tinggal solat Subuh 
  • Mahal rezeki
  • Migrain
Huaa2,,,banyak lagi.However , think positive...
Allah ada , S y A H i R a

17 December, 2011

ToGeTheRr







Aku tertanya-tanya,siapa sahabat baikku? Siapa temanku dunia akhirat?
Jenuh ku mencari-cari . Air mata ini sudah nak kering agaknya.


Allah,banyak!


Sedang duduk menonton tv, menonton sambil menjeling ke arah budak-budak yang duk lekang mengadap  facebook (ninja saga) . oh itu memang permainan kegemaran mereka!


Aku terfikir,tidakkah mereka sahabatku? Yang ku kongsi segala masalah? Yang ku kata pada mereka siapa teman istimewa dihati ini? Bukankah dia yang ku lepaskan geram , amarah dan kebencian?Dan bukan pada mereka kah aku tunjukkan segala kasih sayang? Dan paling penting , solat berjemaah bersama mereka memang membuatkan hatiku dekat dengan mereka?


Itu adalah pada adik beradikku, kalah Umi ( huhu ).


 Ingat, sahabat sebenar ( yang mempunyai darah daging )adalah mereka ada disisi kita, kita saja yang tidak menyedarinya.
Itu bagi adik beradik,tapi kalau yang tiada pertalian denganku,siapa?


Oh,Allah Most Know ;))
Sedarlah,siapa sahabatmu yang membawamu keakhirat kelak =)



14 December, 2011

Cintaku pada-Mu

Assalamualaikum.Tadi duk belek-belek facebook.Jumpa ayat ini di status seorang akhi.





Dan ini komen dari kawan beliau




Benar,aku juga ada perasaan seperti itu.Tidak dijemput.Ia datang secara tiba-tiba.
Fikrah bukan jika ada perasaan cinta.
Semua orang di dunia ini ada perasaan seperti itu.


Kalau takda pun mungkin kerana masa silam yang menyebabkan seseorang itu fobia tentang cinta.
Takut nak bercinta risau hati dikecewakan.


Dan bermacam-macam lagi .
Tapi pada asalnya mereka tetap ada perasaan cinta itu kan? =)


UHIBU ALLAH SWT


Bukankah lebih baik kita cinta pada Allah SWT , Rasulullah SAW ,Ibu bapa, adik beradik, ikhwan akhwat dai'e , rakan perjuangan yang mengejar mardhatillah yang membawa kita kearah kebaikan? =)


Kerna, jika kita mencintai si dia, belum tentu kita memilikinya.


MENCINTAI TAK SEMESTINYA MEMELIKI
#tapi kalau ada jodoh,tak kemana.hehe#
Animated Pictures Myspace Comments
assalamualaikum Cinta ;))

04 December, 2011

Wedding,sapa taknak ? ;)

Assalamualaikum Allah...
Tadi sya tengok video maher zain..Barakallah.. hehe jadi teringin nak nikah pulak.haha=p
Best rasanya kalau dapat nikah.Tetapiiiii
nikah itu mestilah berlandaskan syariat..agar bahagia insyaAllah hendaknya..
Nikah itu mesti mempunyai niat yang betul, niatlah jika dapat melahirkan anak, didiklah tarbiahlah supaya anak soleh itu menjadi soleh dan solehah di samping menjadi khalifah di muka bum ini.insyaAllah..
Ini sya lampirkan gambar perkahwinan kak dan abg fb ( tak kenal pon sape.hehehe =p )




kak ni comel sesangat ;)


Teringin nak potong kek walaupun badan ini memang takleh nak makan kek jadik gemuk =p
tapi makan jelah kan.hehe




kek saya bertingkat-tingkat.kek ni bukan kek saya....=p


Allah,berkatilah mereka yang berniat,yang akan dan yang telah mendirikan baitul muslim.
Semoga zuriat keturunan mereka, menjadi khalifah di muka bumi-Mu Amin..

Ngibah

Di AKHIRAT kelak, seorang itu TERKEJUT apabila melihat CATATAN amalan KEBAIKAN yang tidak pernah dilakukannya di DUNIA.

Maka, dia bertanya,

"Wahai TUHANku, dari manakah datangnya KEBAIKAN yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah MELAKUKANNYA."

Maka ALLAH menjawab,

"Semua itu adalah KEBAIKAN (PAHALA) orang yang MENGUMPAT engkau tanpa engkau KETAHUI."

(Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili)



p's : Takut beruk terkejut beruk....Aku takot...Takot aku terngibah si najib...bukan pe.aku tak suka cara dia memerintah....berlaku adillah....duit rm100 ringget tu kononnya untuk rakyat mesia..pah pesal tak bagi kpd sekolah agama.??? aku yg sekolah agama ta dapat2.. geram ase..tapi takpelah...geram tak geram mngkin itu ada 1001 hikmat yg tersembunyiiiii :(((((



tak yah sedih.lbih baik ta dpt klau dpt pun bg tak ikhlas tade gunee =p

03 December, 2011

HIWARr

Assalamualaikum semua..??? Semua?heh,sejak bila blog ini dibaca oram?haha..
tiada sapa yang knal ini belog =p
Ini pict syachan masa hiwar bhasa arab :D
Ngan kawan..Hanisah yang kiut miut ;)




Semoga Allah memberkati kita.Amin <3

02 December, 2011

Ucapan:D

Assalamualaikum.






Ya Allah Ya Tuhanku, Ya Allah Wahai Tuhan yang Maha Penyayang. Wahai Tuhan yang memiliki Arash yang mulia, Wahai Tuhan yang Maha Mencipta, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa Mengembalikan, Wahai Tuhan yang Maha Berkuasa melakukan apa yang dikehendaki, Kami bermohon kepadaMu dengan cahaya keAgunganMu yang meliputi ArashMu, dengan kekuasaanMu yang Engkau telah tentukan ke atas seluruh makhlukMu, dengan rahmatMu yang meliputi setiap sesuatu. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Wahai Tuhan yang menolong orang-orang yang meminta pertolongan, ku mohon kepadamu Ya Allah sesiapa pun yang membaca blog ini engkau rahmatilah mereka, berilah hidayah kepada mereka, bukalah hati mereka, pimpinlah mereka ke jalan yang benar kearah jalan yang diredhai oleh mu. Amin Ya Allah.



Amin 



Chenta





Jumpa ayat ini di group kat FAcebOOK..




Janganlah kamu mencintai yang lain melebihi dari cinta ALLAH...
Kerana DIA sentiasa memberi kita kasih sayangNYA...

ALLAH tak pernah putus skali pon oksigen dr badan kita DIA hentikan...DIA MAHA PEMURAH dan tak pernah sesekali kedekut...
pakwa @ makwa kamu kedekut tak???


ALLAH tak pernah sesekali berkira nikmat yang telah diberi pada kita...malah ALLAH beri melebihi ape yang tidak kita jangkakan...
pakwa @ makwa kamu berkira kan...malah nak ungkit lgi...

ALLAH tak pernah mereject pon doa kita tak kira la kita nie tak ensem tau tak cantik...semua ALLAH kabulkan...cuma cepat atau lambat jew ALLAH nak kabulkan...
pakwa @ makwa kamu mesti reject klu korang mintak yang bukan2 especially yang mahal2...

ALLAH sentiasa memberi kasih sayangNYA setulus pada kita dengan IKHLAS...kerana DIA MAHA PENYAYANG...
pakwa @makwa kamu ade kew yang sayang sepenuh hati n ikhlas kew...

RENUNGI DIRI KITA...SIAPA YANG SENTIASA MEMERHATIKAN KITA DAN SAYANG KITA SEPENUH HATI...CUMA KITA TAK PERNAH MENSYUKURI NIKMAT YANG DIA BERIKAN PADA KITA...MUHASABAH DIRI...


P's :: Terpampan ana..Kaku seluruh tubuh.Luluh rasanya jiwa ini..
Allahu Allah.. Jangan bagi hatimu pada manusia .. tetapi berilah
hatimu pada Sang Pencipta mu.. Allah SWT..

Ana teringat sepotong ayat.

Berilah hatimu pada Allah, nescaya akan diberi-Nya kepada yang berhak padamu 

Semenjak itu, ku tahan hati ini agar tidak memberi pada sesiapa pun.Tapi ana hanya seorang hamba.Hati ini .. jiwa ini... memang ana tidak berchenta-chenta .. tetapi minat pada sang rijal .. Allah.payah nak tahan..

Tapi ana cuba tahan... lupakanlah dia.. Belum tentu dia meminatimu juga..
Tetapi jikalau dirimu chenta pada Allah , nescaya Allah pasti akan membalas chentamu itu.

Bekas minat pada hati itu pasti ada.Tapi jangan tambahkan bekas itu.
Percayalah,jaga hatimu nescaya Allah akan menjaga hatinya.
Jodohmu :))

Wassalam.WabillahitaufiQwalHidayah.
Assalamualaikum Warahmatullahitaala Wabarokatuh .

Memories

Assalamualaikum ,Puji-pujian kehadapan Allah SWT ..Pentadbir alam ini dengan keagungan-Nya.Selawat dan SAlam buat Rasul Junjungan Nabi Muhammad SAW.


Hari ini sya nak 'buat gambar' kat blog ni.Memori pictures ... ah sangat-sangat rindu :))




Memperkenalkan ini kak-kak fesi.Ada jugak yang sya tak kenal , dan ada jugak yang kenal.Yang sya kenalialah,kak Wana , kak Mirhan , kak Syikin , Kak Najwa , Kak Jannah , Kak Aina ( yg tgh duk makan :)
Em,yang tu je kot .hehe ^_^
 


Ini kawan classmates sya thun lepas..Dari kiri, Fara, Nabila , Syazwana , Syikin ,
Puteri dan Fadhlin... Nice to meet u ukht :))




Ini kawan sya yang mantap sekali..Namanya Izzah Ibrahim.Dia pandai.Selalu dapat no 1 dalam
masa darjah 6 Elite.Ini di Hotel Renaissance di Kota Bharu..Kami bukan pergi hotel.huhu
tapi pergi makan :D
Jamuan Akhir Tahun Pengawas 2009
:))
2009
Time akhir tahun... sempat amik gambar..hehe..
Adek-adek titu semuanya....
Dari kanan .  DEk lya, dek tiqah , dek aisyah  dan Mira
Rinduuu :'(






Okeyh.itu sahaja untuk sesi perkenalan kawan-kawan ana.Semoga ukhuwah yang terjalin kekal selama-lamanya.insyaAllah..

Syabab Islam

Assalamualaikum.Hari ini ana ada baca status seorang kawan di Facebook.Katanya


tatkala membaca kisah penaklukan Baitul Muqaddis oleh Salahuddin Al Ayyubi.. luluh rasa hati~
betapa bersemangat beliau untuk memperjuangkan, mempertahankan, membela Islam yang tidak ada dalam jiwa kebanyakan umat Islam hari ini..
sungguh berjaya musuh-musuh Allah, mengalihkan tumpuan umat manusia dari erti ketuhanan yang sebenar!
Siapalah sekarang yang mempunyai semangat yang kuat seperti itu? Allah..Dia memang syabab islam dalam erti kata yang sebenarnya...


Islam itu payah?


ISlam itu indah,islam itu mudah.. Kitalah yang menyusahkannya.semoga Allah memberi taufik hidayah buat kita.Amin ya Rabb...


01 December, 2011

First Day!

Assalamualaikum!


Hari ini hari pertama ana buat blog hanya untuk luahan qalbi ana :)
Jadi bolehlah ana pegang gelaran BLOGGER keh3


Okey apa...
Em,ingat nak sebar blog ini.Tapi takpa lah,senyap-senyap..duk diam-diam =p
Barakallahufik.Wassalam ^_^




actually hati,aku masih punya kamu ~!