11 January, 2013

Kemaruk Novel


Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum.

Tadi baru selesai menutup muka surat novel itu.Sangat best dan teruja . Novel Ombak Rindu . Biasalah kan , novel ..macam-macam konflik.Saya suka itu kerana untuk mengingatkan saya bahawa kadang-kadang perkahwinan itu tidaklah seindah mimpi .. ianya adalah titipan rahmat dan belas kasih-NYA buat hamba-hamba-NYA .

Novel itu saya pinjam daripada kawan yang yang memang fanatik novel . Banyak novel dia . Dia kata bila dia tingkatan lima ni dia target nak ada 50+ novel . WOooo , hebat ! Hahaha ... kawan dia pun memang obses novel . Mereka buddyz , takkan terpisah !

Novel Ombak Rindu memang best cuma bila dibuat filem , cite tu jadi tak best . Sebab , yang halal jadi haram . Hariz ( Aaron ) mengahwini Izzah ( Maya Karim ) , dalam cerita tu mereka sah . Tapi bila dalam filem , nikah macam mana pun takkan sah sebab memang tak bernikah pon . Tapi dalam bab-bab pegang dan asmara memang no 1 lah kot .

ASTAGFIRULLAHAL'ADZIM !

Disebabkan cover filem diubai suai yang mana menempatkan para pelakon filem Ombak Rindu jadi bila setiap kali baca saya ingat Izzah tu Maya Karim dan Hariz tu Aaron Aziz . Memang tak syok betol ...


Ha, sampai sini sajalah . 2/setengah hari ni saya sudah habis 3 novel . Macam-macam konflik yang ada.Menandakan kasih Allah kepada hamba-hamba-NYA  =) Alhamdulillah ...


No comments :