31 July, 2012

Satu hati


Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy .

Assalamualaikum.

merenung jauh dek pandangan yang kelam ,
terpinar-pinar mata menahan pancaran matahari ,
kian rabun dibuatnya mata ini ,
mujur saja belum beli lagi spek mata .

Aku di persimpangan syurga dan nereka ,
memilih antara dua yang belum tentu mana hala tuju ,
berdoa agar semuanya dipermudahkan ,
pasrah kepada Ilahi .

Aku , aku hanya hamba ,
Terlelap mata entah pukul berapa ,
tidak kira pukul berapa ,
mata yang ingin terlelap ,
pasti terlelap jua .

Namun ya Allah ,
pastikan mata yang terlelap itu ,
bukan hanya satu telalapan ,
biarkan ia menjadi penyubur dakwah tika ia sedar dari mimpinya ,
kerana lumrah manusia ,
pasti ada yang kena memperingatinya .

Tika hidayah singgah di ruang hati ,
ayuh rebutlah ,
kerana belum tentu hidayah itu akan kunjung tiba kembali ,
hanya menunggu redha Ilahi ,
dalam mencari hati suci .

Ya Allah , berikan daku sejernih hati bak mawar berduri ,
teramat berhati-hati dalam menjaga hatinya ,
tika kelam , tika serabut , tika gelap ,
ada yang menyinarinya .

Aku cinta , orang yang menyintai-MU .

Uhibbullahu jami'an .
Syahira Hamdan
12 Ramadhan 1433
Wallahua'lam

12 July, 2012

Dia buat kawan baik saya nangis


Semoga ukhwah yang terjalin mengukuhkan mahabbah

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum

Saya baru balik dari sekolah.Pada masa nak balik , ada satu peristiwa yang berlaku.Sanga menyayat hati sebab kawan saya menangisssss   .Rasa kesian yang menebal sebab orang laki yang buat sakitkan hati dia.Dia cuba bertahan kerana dia tahu dia kuat dan tabah serta sabar.Tapi kalau terlalu kerap mengejek , siapa yang tahan? Memang dia pegang elok-elok lagi buku-buku dia , dia berdiri elok-elok tepi meja guru . Tetapi tetiba , dia berlari kearah kawan-kawan saya yang duk tepi dinding dan terus lempar buku-buku dia . Kami sekelas terkejut bukan main . Lebih-lebih lagi lelaki . Semua muka tercenggang . Hoho oo ! Suasana menjadi senyap .

Tengok-tengok dia sudah nangis.Saya ini emm biasalah , suka menyibuk time-II gini . 

Yelah , kawan sedih . Habis taknak pujuk or lawan orang yang buat kawan sedih tu ? Saya ngempek apa ntah tapi kawan saya iaitu najwa dan hanisah paling top sekali marahkan laki tuh . Laki tu kurang matang .Nak buat macam mana ... Orang marah dia nyenye pulak.Allah , betapa geramnya kitorang .... 

Wahai lelaki yang buat kawan aku nangis , sedarlah . Kau seorang yang sangat 'istimewa' . Aku sayang orang istimewa begini sebab mereka adalah orang yang disayangi Allah SWT . Oleh itu , berakhlaklah dengan sifat mahmudah. Kami tahu mung oghe baik cuma kurang matang , tu jah.Tapi tak saloh kalo mung matangkan diri mung sendiri . Kawe-kawe mung boleh kiro baep jugok . Tirulah hok mano baik tu , hok buruk lempar jauh . Aku bukey nok ejek mung , tapi sebab hormatlah aku
tegur. 

Tanpa akhlak , tiada syurga buatmu.Hatta seorang yang rajin beribadat siang malam tanpa henti pon kalau akhlak buruk , tiada jaminan syurga.Kecuali dia membaiki akhlaknya.InsyaAllah.

Masa nak salam dengan dia , saya ucap dengan penuh kasih sayang " Sabar yang ... " 
Yang tu sayang ye.Hehehe =)

p's : I LOVE MY FRIENDS

Wassalam.
Syahira Hamdan
21 Syaaban 1433

10 July, 2012

Puisi Jihad sang Pemuda


Aku kagum melihat seorang Jejaka,
Tampannya sukar Diterjemah,
Bukan dari paras rupa tapi pada Akhlaknya..
Pabila AZAN dengar ditelinga,
Dialah orang Pertama menujunya,
Bukan kerna SUKA SUKA tapi untuk Menunaikan seruannya….
Dia sabar bila ditimpa MUSIBAH,
Membuatkan IMANnya makin BERTAMBAH,
Dia lebih TAWAKAL dan juga REDHA bila USAHA telah dilakukanya…
Muamalatnya amat TERJAGA,
Pergaulan lelaki dan wanita amat DIAMBIL kira,
Kerna takut ALLAH akan menjadi MURKA dirinya juga yang kecewa..
Ilmu yang ada diKONGSIkannya,
Buat amalan manusia dan juga DIRInya,
Senyum tidak penah lekang DIMUKA pabila DAKWAh dilakukannya….
Pabila bertembung dengan MUSLIMAH,
Pasti PANDANGAnya turun ke BAWAH,
Bukan JIJIK atau apa cuma MENJAGA iman di DADA…
Ibu dan Ayah diHORMATInya,
Tanda SAYANG dan juga CINTA,
Bukan kerna TERPAKSA tapi untuk mendapat REDHA TUHANnya..
-Fastabiqul Khairat-

Hari ada satu peristiwa


Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy .

Assalamualaikum.

Hari ni cikgu baru sejarah akan mula mengajar kelas saya . Cikgunya bernama Encik Salimin . Memanglah saya tak kenal nama itu , tapi saya kenal wajahnya . Beliau merupakan cikgu tuisyeennn ssyaaaaa ! Memang terkejut sesangat . Ingatkan beliau serius macam kakaknya iaitu Cikgu Syahida yang cuti bersalin dan ha adiknya inilah yang menggantikan tempat cikgu shahida buat sementara waktu . Rupa-rupanya kelakar orangnya . Memang terhibur la sgt dismping menmbah ilmu yang lepas-lepas dan mendatang . Hehe asyik-II


Pekse dah nak dekat . Nak dekat sesangat . Doakan saya semoga saya menjadi hamba yang bersyukur . Saya sayang kalian . Biarpu tidak pernah bersua , namun kita kan saudara seislam ? 

Saya punya kawan yang kadang-kadang menyakitkan hati saya . Memanglah kan , saya pun ada jugak buat perkara macam tu . Budak-budak nak meningkat dewasa , macam-macam ragamnya . Saya terima . InsyaAllah .

Ada cikgu tu , orang baru nak tambah makanan dalam perut . Dia kata , makey sokmo . Adess , roti jak tu eh. Bukey namboh nasik pom.Cikgu gak ehh  

Jangan pikir wajah itu cantik.Lantas perasan ada orang tengoklah , kenanlah . Ingat , jangan perasan ! Kerana kekadang perasan itu memakan diri sendiri . Buang masa , baik membaca . Baik mengingati Allah SWT dripd mengingati perkara yang melalaikan . Heh 

Dahulu , pemuda yang berjuang itu dalam kepalanya hanya jihad dan memburu syahid. Kini , ia diganti dengan jodoh da memburu si solehah . - Menang atau Syahid Adwa'

Ingat wahai pemuda , anda ada tanggungjawab.Bukan sekadar memburu solehah yang entah kemana .Tapi buru dahulu mati syahid , baru jumpa dengan solehah yang benar solehah. Jika hanya angau dan angan-angan sahaja tiada guna . Geram jugak tengok dan baca status orang macam ini. blogger-emoticon.blogspot.com
Nauzubillah.

sorry , entry saya , saya campur macam-macam.
Apa yang singgah kat otak , terus tulis . Hehe

p's : Ramadan menghampiri.Yeayyyy .Alhamdulillah 

Fastabiqul Khairat 
Wassalam
Syahira Hamdan
20 Syaaban 1433