12 July, 2012

Dia buat kawan baik saya nangis


Semoga ukhwah yang terjalin mengukuhkan mahabbah

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum

Saya baru balik dari sekolah.Pada masa nak balik , ada satu peristiwa yang berlaku.Sanga menyayat hati sebab kawan saya menangisssss   .Rasa kesian yang menebal sebab orang laki yang buat sakitkan hati dia.Dia cuba bertahan kerana dia tahu dia kuat dan tabah serta sabar.Tapi kalau terlalu kerap mengejek , siapa yang tahan? Memang dia pegang elok-elok lagi buku-buku dia , dia berdiri elok-elok tepi meja guru . Tetapi tetiba , dia berlari kearah kawan-kawan saya yang duk tepi dinding dan terus lempar buku-buku dia . Kami sekelas terkejut bukan main . Lebih-lebih lagi lelaki . Semua muka tercenggang . Hoho oo ! Suasana menjadi senyap .

Tengok-tengok dia sudah nangis.Saya ini emm biasalah , suka menyibuk time-II gini . 

Yelah , kawan sedih . Habis taknak pujuk or lawan orang yang buat kawan sedih tu ? Saya ngempek apa ntah tapi kawan saya iaitu najwa dan hanisah paling top sekali marahkan laki tuh . Laki tu kurang matang .Nak buat macam mana ... Orang marah dia nyenye pulak.Allah , betapa geramnya kitorang .... 

Wahai lelaki yang buat kawan aku nangis , sedarlah . Kau seorang yang sangat 'istimewa' . Aku sayang orang istimewa begini sebab mereka adalah orang yang disayangi Allah SWT . Oleh itu , berakhlaklah dengan sifat mahmudah. Kami tahu mung oghe baik cuma kurang matang , tu jah.Tapi tak saloh kalo mung matangkan diri mung sendiri . Kawe-kawe mung boleh kiro baep jugok . Tirulah hok mano baik tu , hok buruk lempar jauh . Aku bukey nok ejek mung , tapi sebab hormatlah aku
tegur. 

Tanpa akhlak , tiada syurga buatmu.Hatta seorang yang rajin beribadat siang malam tanpa henti pon kalau akhlak buruk , tiada jaminan syurga.Kecuali dia membaiki akhlaknya.InsyaAllah.

Masa nak salam dengan dia , saya ucap dengan penuh kasih sayang " Sabar yang ... " 
Yang tu sayang ye.Hehehe =)

p's : I LOVE MY FRIENDS

Wassalam.
Syahira Hamdan
21 Syaaban 1433

No comments :