Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy
Berbicara tentang korban , saya teringat akan seseorang . Berkorban segala-galanya pada jalan Allah , sanggup bersengkang mata untuk mengadu dan memohon keampunan daripada Allah . Menangis menginsafi diri , dalam sendu ada bahagia . Kerana pendengarnya ialah Allah . Pendengar setia pada si dia . Kerana dia tahu , tanpa setitis air mata ketika berdoa , bukti hati itu ada masalah .Jika dia mendengar al-Quran pula , dia menangis dan tersenyum . Janji Allah padanya . Dia ingat , orang yang hatinya itu keras ialah apabila dibaca olehnya ayat-ayat al-Quran tapi tiada air mata yang mengiringi . Biarpun terlintas di hati bahawasanya dia sudah berjaya menjadi mukmin bertaqwa , dia tidak riya ' malah merendah diri kerana dalam hatinya ada TAQWA .
Apabila kita sudah/sedang/dalam berhijrah , kadang-kadang hati kita tidak tsabat ( tetap ) . Sering syaitan datang menggoda , namun tangisilah kepada Allah kerana hanya DIA pencipta sekalian makhluk . Usah takut , Allah ada !
10 Zulhijjah 1433
Syahira Hamdan