22 October, 2012

Ada dunia yang lebih baik

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy .

Assalamualaikum .


Letakkan dunia di tanganmu  , dan letakkan akhirat dihatimu .

Apabila seseorang meletakkan dunia di tangannya , dia mampu mengawal dunia itu . Tidak tergugat sedikit pun akhiratnya kerana hatinya itu tidak memikirkan akan nikmat duniawi . Berlainan dengan seseorang yang yang meletakkan dunianya di hatinya , akhiratnya tidak terurus apatahlagi dunianya . Seseorang yang meletakkan akhirat di tangannya , dia tidak selamat , aman dan tenang biarpun dia mengatakan bahawa dia selamat dan aman dengan pilihannya itu . Walhal , dia selamat tidak lama . Malah mungkin hanya sesaat . Menikmati nikmat duniawi yang tidak seberapa GAH berbanding dengan nikmat ukhrawi iaitu ;

SYAFAAT . 
MENAIKKAN SYURGA KE SYURGA YANG LEBIH TINGGI . 
MENYEGERAKAN HISAB . 
MEMINTA ORANG YANG SAMA PAHALA DAN DOSA DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA.
dan macam-macam lagi .

Ada kebun, tapi x di tanam apa2, kemudian ada gajah masuk, x di buat pagar. Tetapi pemilik kebun itu mengharapkan kebunnya mendatangkan hasil setiap tahun. Munasabah x?Begitulah perumpamaan orang yang nak masuk syurga, tetapi tiada amal soleh, buat maksiat, dan tidak taubat..
Wassalam
Syahira Hamdan
6 Zulhijjah 1433

No comments :