Dalam setiap detik nafas yang disedut dan dilepaskan , ada ujian disebaliknya .
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dulu , rasa tak nak hidup . Macam dugaan yang hadir rasa macam nak tempis-tempis je . Macam nak lempar dan renyuk2kan dan masuk ke dalam tong sampah . Tak pon , diri sendiri yang terjun ke dalam gaung . Biar tak terasa oleh diri akan beratnya masalah yang menimpa.
Sekarang pun , ujian tetap ada sebab segala diri ini hidup selagi tulah segala ujian tidak pernah tiada.Ujian untuk memberikan kita kesabaran kan , tp sejauh mana kita boleh sabar ?
-serabut dalam math
-rasa pening lain macam bila baca sejarah dan fakta2nya
-hafal madah2 arab
-cakap dgn adik usrah yang macam nak dan taknak dengar je
-beri kemudahan dan peraturan tentang disiplin garaj motor untuk pelajar di sekolah
-dugaan dalam menjadi hamba
-rimas dalam melayan adik2
-taknak kawan dengan orang
dan lain-lain .
Allah SWT telah berfirman bukan bahawasanya DIA tidak akan memberikan ujian melainkan kita sanggup menghadapinya . Allah Maha Baik .
Segala ujian yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik dan untuk mendidik diri kita untuk terus bersyukur dan mengingati-NYA. Amat malang jika ujian yang Allah beri itu kita sia-siakan.Hasilnya , kita dapat dosa dan jiwa kita kosong .
Semat dalam diri , Allah Maha Pemberi segalanya .
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Suka artikel ni : Kenapa Aku Diuji ?
No comments :
Post a Comment