09 April, 2013

Madrasatii

Bismillah.

Assalamualaikum .

Ujian pengesanan sudah lepas , sekarang ujian pertengahan tahun akan tiba pada awal bulan lima nanti.Ma'attaufiqwannajah semua .

Saya bangga dengan sekolah saya . Hatta mereka yang di Maahad memandang rendah pada sekolah saya tapi bagi saya sekolah saya mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang saya tak nampak kat sekolah lain . Sekolah saya merupakan sekolah bantuan tetapi jangalah yang memberi bantuan itu menganggap kami seperti tiada maruah , jangan dihina , jangan dicaci . Simpan saja bantuan jika itu yang anda mahukan kerana anda sedeqah atau tidak , status anda sama  .

Sekolah saya walaupun tidak segah dengan sekolah lain tapi bagi saya sekolah saya sangat berjasa. Masa saya tingkatan 1 saya duduk di bangunan kayu . Memang rasa panas sikit sebab kipas atas kepala nak nazak etep .

Sekolah saya tiada aliran sains mahupun teknikel , yang ada cumanya aliran sastera.( Mungkin ) . Usah takut / risau akan rezekimu kerana yang memberi dan memegang rezekimu hanyalah ALLAH . Jadi , usah takut jika dirimu beranggapan belajar sastera sia-sia . Allah tahu apa yang terbaik untukmu pada masa depanmu . Jadi buat sekarang , belajar bersungguh-sungguh biar mereka di Maahad tahu sek2 kito panda belakooo !

INSYALLAH

Sollu Alan Nabiy
Wallahua'lam

No comments :