20 August, 2012

Ana ingin berniqab !

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum ..


Ana cuba lihat diri ana dari perspektif golongan mar'ah yang berpurdah . Rasa kedilnya diri sebab tidak setanding dan tidak se'gah' jika hendak dibandingkan dengan mereka . Ana tahu  , istiqomahnya mereka menjadikan mereka berasa indah dan terjaga tika berniqab . Tidak lalai dek duniawi , menjalin ukhwah silaturrahim , saling mengingat tentang ukhrawi . Jika semuanya , hanya kerana Allah !


Ramai yang kata , " 'cantiknya' Sya kalau pakai purdah " walaupun masa tu ana hanya pakai dengan sapu tangan . Walaupun ana tahu mereka hanya bergurau sebab ana tengok diri ana , rasanya tidak  =_=' .Tidak terdaya lagi hendak membeli niqab . Namun , impian menggunung untuk berniqab hatta bakal mengambil jurusan medic di mesir . Doakan . InsyaAllah !

Pernah ana chatting dengan seorang ukht khabir yang mengatakan , " kita kalau hendak berniqab, pastikan hati kita, lidah kita , mata kita , hidung kita , telinga kita dan kelakuan kita berniqab dahulu . Baru terasa indahnya berpurdah ." Tetapi bagi mereka yang terus berpurdah , istiqomahlah :)

Ana bangga ( kekadang rasa tidak adil ) dengan mar'ah yang seusia dengan ana tetapi masyaAllah , sudah berniqab . Sangat suka . Beruntung kalian kerana ibu bapa kalian sudah mengizinkannya , istiqomahlah .. Jangan lalai dan sombong dek kerana secebis kain !

Umi ayah ana tidak tahu kut rasanya yang ana hendak pakai purdah . Hehe , simpan rahasia dahulu ...

Sollu Alan Nabiy
Wallahua'lam
3 Syawal 1433

No comments :