Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy.
Bulan ini banyak yang akan berlaku . Saya yakin , teramat banyaklah yang akan terjadi.Kejadian yang disengajakan atau tidak , dirancang atau tidak ... Namun , ketentuan Ilahi itu pasti akan tiba jua . Bulan ini , saya akan trial PMR . Doakan kami supaya diberkati dan dirahmati Allah serta urusan kami dipermudahkan. Amin .
Bulan ini juga , mengikut kalendar Islam ... Bulan ini , adanya malam lailatulqadar. Saya taknak persiakan sebab waktu itu , saya tengah exam . Saya tidak mahu celarukan otak saya dengan perkara yang lain . Sungguh , yang demikian itu amat membebankan dan mencuri masa saya .
Doakan yang terbaik .
Bulan ini juga ada sukan olimpik . Sukan Olimpik yang bakal tamat 12 Ogos kalau tak silap saya . Ganbatte atlit-atlit Malaysia . Sedih jugak dengan sesetengah atlit yang tidak berpuasa . Walhal , sukan yang dipertandingkan hanyalah memanah , lontar peluru dan lain-lain . Ya mungkin mereka boleh tidak berpuasa dengan alasan mereka bermusafir . Tapi kalau bermusafir dengan tujuan yang tak baik / maksiat.. Tak sah lah kan musafir mereka ? Well , tanya yang lebih arif .
Bulan ini juga , bulan yang amat bersejarah sebab pada bulan inilah saya dilahirkan . Bertarikh keramat 13 Ogos 1997 . Entahlah rasa sedih jugak sebab orang lain suka kaitkan nombor 13 dengan sesuatu yang teruk atau nakbah . Nauzubillahiminzalik . Moga Allah melindungi saya . Tidaklah saya percaya dengan itu semua kerana jika percaya ada sesuatu yang terjadi dalam hati saya dan tidaklah saya mahu akan itu . Hari isnin bersamaan dengan tarikh 13 Ogos . Pada hari itu saya masih lagi dalam exam . Exam PMR start 8/8 - 15/8 . Doakan yang terbaik buat saya .
Rasa tak sabar untuk tunggu sesuatu yang patut ditunggu . MALAM AL - QADR . Saya doakan semoga kita semua menemui malam al-Qadr . Sengantuk mana pun , tiada yang lebih indah dari malam al-Qadr. Jom berdoa.
Saya cuba memperindahkan hati saya supaya bersinar semula . Namun , dengan adanya pelbagai peristiwa yang berlaku menyebabkan hati saya sering kali berubah-ubah . Saya bersyukur jika perubahan itu dengan perubahan yang baik . Namun jika sebaliknya ? Saya tak nak ! Saya nak jadikan bulan ini lebih baik dari sebelum dan selepasnya . Bila habis sahaja exam trial , masa itu jugalah .. hampir tamatnya Ramadhan . Arrr sedih ! Malam ini nak p terawih !
p's : Tak sabar nak buat kek coklat dan cupcake ~~~
Wallahua'lam.
Syahira Hamdan
13 Ramadhan 1433
No comments :
Post a Comment