The balloon is light , but when wind blows it It will be heavy. |
Bismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillahi Rabbil Alamin Wassolatu Wassalam Ala Sayyidina Muhammad , Wa Ala Alihi Wa Shohbihi Ajma'in.
Assalamualaikum Warahmatullahi taala wabarokatuh .
Rendah bukan tiket untuk antum mengeluh untuk mendapat kejayaan.Sukses tidak dilihat kepada ketinggian.Biarpun bagi sesetengah pihak , pandangan mereka terhadap orang yang sukses ini berlainan.Ada yang beranggap insan yang sukses , tinggi dan cantik itu adalah manusia yang ideal .Manakala bagi manusia sukses yang biasa sahaja , mereka memandang kepada ilmu.
Saya mendapat iktibar ketika pergi ke hospital tempoh hari . Seperti yang saya coretkan pada entri yang lepas.Ada doktor yang tinggi , cool . Ada juga yang rendah , malah rendah sama dengan saya.Saya rasa malu dengan diri sendiri yang mempersoalkan kenapa saya rendah . Cuma doktor tu kecik la sikit berbanding dengan saya ni ~.^
Saya yakin, ramai yang tak percaya bahawa saya ni adalah saya bila mereka berjumpa dengan saya.Kenapa? Kerana saya bukan seperti yang mereka sangkakan.Saya bukan tinggi , bukan kurus . Tapi anda harus percaya bahawasanya saya ini adalah saya :)
Biarpun begitu , kejayaan itu bermula dengan diri kita sendiri.Tidak mengharapkan mana-mana orang.
Langkah seribu bermula dari langkah yang kecil.Percayalah.Saya kekadang pon rasa nak ngantuk bila bukak buku , tidur jap (=.=") dan selepas itu nyesal . Baca buku balik.Review balik.Balas dendam balik sebab terlajak tidur tadi . Aiyakkkk .
Siti Nor Syahira binti Hamdan .Doctor.Medic.Cairo University
p's : solehah bukan hanya di facebook!!!
No comments :
Post a Comment