Bersifat pemurah itu hatinya suci seperti ini :) |
Assalamualaikum .
Orang yang bersifat pemurah ini hatinya baik , penuh dengan sifat mahmudah kerana Allah SWT bersifat dengan sifat Maha Pemurah.Untunglah orang yang bersifat seperti ini .
Fadhilatnya banyak.Kesannya banyak . Tidak semestinya kita buat baik hari ni , hari ini jugak kita dapat ganjarannya.Tidak, tetapi mengambil masa yang lama.Mari kita renung sejenak , seorang hamba yang dapat melintasi titian sirat dengan sekelip mata yang hanya nipisnya sehelai rambut dipotong tujuh , lebih tajam dari mata pedang.Dia dapat buat demikian bukankah satu dua minit nak meninggal baru buat amalan soleh , tidak . Tapi bertahun-tahun lamanya dahulu . Hari ini dia dapat ganjarannya :)
Subhanallah.
Ana dapat kisah ini dari ikim.fm . Masa maghrib ana bukak kebetulan ada siaran ulangan motivasi pagi .
Ganjaran Terhebat
Seorang pak cik yang dalam bermusafir singgah di masjid untuk solat jamak . Seusai dia bersolat , dia berehat sebelum meneruskan perjalanan.Dilihatnya ramai pelajar yang sedang mengaji al-Quran . Tidak lama kemudian , tibalah waktu pelajar-pelajar tersebut berehat.Mereka terus pergi ke gerai-gerai yang berada di luar perkarangan masjid . Pak cik ini melihat peristiwa tersebut dan berkata kepada pelajar semua " Hari ini biar pak cik yang belanja . Korang ambik lah makanan sebanyak mana yang korang mahu " Si pelajar tersenyum riang dan mengucapkan ribuan terima kasih.Dengan gembiranya , pelajar-pelajar tadi mengambil makanan yang mereka mahu . Selepas habis waktu rehat , pakcik tersebut pergilah ke gerai untuk membayar makanan tersebut . " Berapa ? " Tanya pakcik tersebut kepada penjual . " RM23.70" Balas si penjual . Lantas pakcik ini mengeluarkan RM23.70 dari dompetnya dan diserahkan kepada si penjual.
Beberapa bulan selepasnya , pakcik ini menerima projek yang bernilai RM 237 ribu yang menyebabkan dia merasa gembira dan bersyukur.Mungkin bagi sesetengah syarikat lain , nilai ini sangat kecil tapi bagi pak cik ini dia berasa bersyukur kerana nilai ini adalah sama dengan nilai yang dia sedeqahkan.Allah Taala bayar ganjarannya di dunia lagi. Allahuakhbar.
Oleh itu , janganlah terlalu kedekut untuk berkongsi rezeki yang Allah beri . Mana tahu , hari ini kita sedeqah 5 teguk air sejuk kepada kawan kita esok esok dia balas dengan segelas jus . Mana tahu kan ? :)
Berseqadahlah kerana sedeqah itu pintu rezekimu.
Wassalam.
Dukhturah Syahira
No comments :
Post a Comment