Assalamualaikum.
kawasan mahupun daerah yang kecil. Beliau adalah pemimpin kepada sebuah khilafah yang bernaung di
bawahnya banyak negara-negara yang tunduk pada kekuasaan Islam.
Hebat orangnya. Tetapi, kehidupannya tidak seperti kebiasaan pemerintah-pemerintah yang wujud pada hari
ini. Hidupnya sangatlah sederhana, cara berpakaiannya pun seperti rakyat biasa, bahkan tidak ada pengawal
pun yang menjadi bodyguardnya sepanjang hidup dan pemerintahannya.
Kalau hendak bertemu dan meminta tolong daripada sebahagian pemerintah hari ini, perlukan prosedur yang
banyak dan rumit pula, tetapi hendak bertemu dan minta tolong daripada Umar, tidak ada prosedur yang
rumit.
Bahkan, Umar pula, seorang pemimpin yang besar, turun melihat keadaan rakyatnya dan tolong mengangkat
guni makanan pula untuk rakyatnya yang dirasakan telah diabaikannya.
Sebelum Islam, seorang penentang tegar,
Tetapi selepas Islam, imannya habis-habisan menggegar.
~Afdholul Rahman of LangitIlahi
[170512]
No comments :
Post a Comment