19 July, 2013

Buku itu Indah


Bismillahirrahmanirrahim.
Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum



Ramadhan Kareem


ALHAMDULILLAH , sudah habis fasa pertama pada bulan Ramadhan.
Apa yang kita dapat daripada fasa kerahmatan ini ?
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menjadi hamba Allah yang taat , soleh dan solehah
InsyaAllah .

Sebenarnya , saya sekarang ni tiba-tiba teringin nak beli buku.
Buku La Tahzan dan Dari Lubuk hati Ibu tu belum habis ku baca.
Baca buku ilmiah bukan seperti kita membaca newspaper,magazines or novels
sebab bila kita baca bahan ilmiah 
minda kita tergerak untuk berfikir
mengajak hati untuk terus mendalami
dan mengamalkan tentang apa ilmu yang telah dibaca
serta yang paling penting,FOCUS tu penting
Tanpa focus , isi kandungan buku tu tidak masuk dalam kepala
Hmm.

Semoga aku mengambil ibrah atas segala yang berlaku
dan tidak membiarkan kejadian itu berlalu begitu saja
Tidak akan
pernah..

*Tak boleh nak beli sekarang sebab duit tade=bulan Ramadhan : Puasa perut , puasa duit . Huuu*

12 July, 2013

Syiah

Bismillah.Sollu Alan Nabiy


Assalamualaikum.

Hari ni nak kongsi pasal SYIAH.
Apa itu SYIAH ?
Nah di bawah ini jawapannya.
InsyaAllah.



Apa itu Syiah ?
Penuh news feed kita pasal syiah kan ?

Dan kita masih berdiam diri .
Masih tak mahu ambil tahu .
Masih leka dengan teduhan kasih dan sebenarnya saya isteri dia .
Masih terbuai bermesej dengan pakwe/makwe .
Masih rasa tiada kena mengena dengan kita .
Masih lagha dengan hiburan nyanyian , menari dan bergelak ketawa .

MARI kita ambil tahu sedikit sebanyak pasal Syiah ni .
Jangan risau , baca secara santai , InsyaAllah tak sampai 15 minit .
Sekurangnya kita ada gambaran apa itu Syiah .
Let's check it out . Eh! 

-------------------------------------------------------------------------
Tempat bersemadinya Kepala Saidina Hussin r.a




Apa itu Syiah ?
Syiah itu salah satu pegangan akidah yang di asaskan oleh Abdullah Bin Sabak .
Akidah yang bertentangan dengan Sunni .
Syiah itu bermaksud penolong/pembantu .

Siapa Abdullah Bin Sabak ni ?
Dia adalah seorang Yahudi .
Dia berasal dari Yaman .
Dia datang ke Madinah semata untuk mendapatkan jawatan , kepentingan politik .
Time tu zaman pemerintahan Saidina Uthman Bin Affan , 
Saidina Uthman tak layan dia .
Dia jadi marah lalu dia sebarkan fahaman kepada masyarakat Madinah bahawa ,
"Yang sepatutnya jadi khalifah ialah Saidina Ali bukan nya Saidina Umar , Saidina Uthman ataupun Saidina Abu Bakar.."
Dan masyarakat percaya benda ni .
Dari situ lah bermulanya fahaman Syiah .

Alhamdulillah kita berpegang pada Ahlu Sunnah Wal Jamaah/Sunni .
Syiah dengan Sunni ini sangat-sangat berbeza .
Syiah dengan Sunni ni bukan masalah khilaf furu'q (perkara-perkara kecil ) ,
Tetapi , Syiah ni benar-benar terpesong akidahnya dari ASWJ .

SEBAB ?
Antaranya ialah ,
SYIAH MENDAKWA ,

-Ketika Nabi Muhammad SAW wafat , seluruh sahabat nabi murtad , kecuali beberapa orang sahaja iaitu , Salman Al Farisi , Al Miqdad Bin Al Aswad , Amar Bin Yasser dan Suhaib Ar Rumi ( ada juga yang kata Bilal bin Rabah ) .

--Syiah mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad SAW dengan berkata kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar , "Dua patung berhala Quraisy.." .

--Mereka tak percaya Quran yang kita guna sekarang ni . Mereka menganggap Quran sebenar telah hilang , Quran yang di tulis Saidatina Fatimah r.ha .

--Semasa Nabi wafat , Saidatina Fatimah ni sedih , sedih sangat , dia menangis sampai 75 hari , time dia tengah sedih tu , Jibril turun menggembirakan nya , Saidina Ali pun hairan dengan siapa Fatimah bersembang, lalu Fatimah beritahu Ali, dan Ali berkata kalau Jibril datang lagi beritahunya . Jibril datang semula , Fatimah pun beritahu Ali , dan ketika itulah Saidina Ali menulis apa yang Jibril kata . Dan Syiah menganggap itu Quran mereka .

--Mereka mendakwa ada ayat-ayat al-Quran yang dibuang oleh Saidina Abu Bakar ketika mana Saidina Abu Bakar ni mengumpulkan kembali ayat-ayat al-Quran , antaranya ialah , surah al-Baqarah ayat 23 , surah Toha ayat 115 , surah al-Ahzab ayat 70 , surah al-Balad , mereka menokok tambah dalam ayat sebenar dan menambah satu lagi surah iaitu surah wilayah .

--Mereka juga ada imam . Iaitu Imam 12 . Imam yang ke-12 ini dipercayai telah ghaib pada 226 hijrah di sebuah terowong di Iraq/Iran . Setiap petang Jumaat mereka akan pergi ke terowong itu dan berkata , “Wahai Imam , keluarlah Iman , keluarlah..” . Sampai sekarang Imam itu tak keluar lagi . Dan akan keluar suatu hari nanti .

Mereka hormat dengan setinggi-tinggi hormat kepada Saidina Hussain oleh sebab rasa bersalah atas kematian Saidina Hussin dalam perjalanan ke Kufah.Orang Kufah di Iran telah memanggil Saidina Hussin untuk menjadi khalifah mereka dan dalam perjalanan ke sana , Saidina Hussin di bunuh.Kepalanya terpisah daripada badan , dikerat oleh tentera-tentera pada zaman Khalifah Yazid bin Mu'awiyah . Peristiwa ini berlaku pada 10 Muharram tahun 61 Hijrah.Jadi,apabila datang bulan Muharram lebih-lebih lagi hari Asyura , mereka akan memukul tubuh badan mereka sehingga berdarah.

*Gambar tersebut hanya imaginasi orang SYIAH
**Diambil dari web orang Syiah 

--Ulama terbesar syiah iaitu Al Khomeini berkata , “Sahabat nabi hanya mementingkan dunia , rebut jawatan , mereka tak pentingkan Quran dan agama , mereka jadikan Quran sebagai alat untuk niat mereka yang kotor , merampas jawatan khilafah..” .

--Mereka menghalalkan darah umat Islam . Bagi mereka , lagi banyak mereka membunuh umat Islam , lagi banyak darah yang mengalir , lagi cepat Imam mereka itu akan keluar dari terowong .

--Rukun iman mereka ada lebih dari enam . Mereka percaya pada Imam . Imam mereka boleh menghalalkan dan mengharamkan sesuatu perkara .Imam mereka maksum. Imam mereka mempunyai ilmu di mana mampu mengetahui benda yang dah berlaku dan akan berlaku . Imam mereka juga menguasai dunia dan akhirat . Imam mereka mampu beri apa sahaja yang mereka mahu .

---------------------------------------------------------------------------

Astaghfirullahala’zim .
Nauzubillahiminzalik .
Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar..
Ternyata syiah ini telah jauh terpesong .
Mereka mensyirikkan Allah .
Mereka menyamakan martabat Imam 12 mereka dengan semua Nabi .
Bahkan mereka mengatakan Saidina Ali sama level dengan Allah .
Allah..Allah..Allah..
Masalah syiah sekarang ini bukan masalah khilaf ,
Tapi masalah akidah mereka yang bertentang dengan kita .
Musuh umat Islam sekarang bukan sahaja Yahudi Israel , tetapi juga Rusia , China dan Iran .
Iran yang dulu kita tertipu dengan ‘heronya’ ,
Rupanya mereka bermain wayang sahaja dengan kita ,
Mereka lah antara yang menghantar bom , senjata dan angkatan tentera kepada Bashar Asad untuk membunuh tentera Islam .
Syiah itu sesat .
Jangan kita memberi muka kepada mereka .
Jika ada dalam kalangan kita yang syiah ,
WAJIB kita betulkan .


Ha,air ini lah.

Tahu air mineral ECPI ?
Alaa , yang mahal tu .
Jangan terkejut!
Air itu air syiah .
Sponsor terbesar Syiah di Malaysia .
MOHON BOIKOT .

Oh , lagi satu mereka ni suka bertaqqiyah .
Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). 
Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. 
Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka .
--Hipokrit everywhere—Lalalalala~

---------------------------------------------------------------------

Macam mana nak tahu tempat tu tempat syiah ?
Tempat mereka bernama hauzah .
Hauzah itu macam surau/masjid bagi umat Islam .

Macam mana nak kenal syiah ?
Time mereka sembahyang , mereka akan meletakkan tanah karbala ( macam batu bulat kecil ) di tempat sujud , mereka akan sujud atas tanah itu , kalau tak kena tanah karbala itu , tak sah sembahyang mereka 
. Pftttt ==”
Lepas habis sembahyang , lepas memberi salam , mereka akan menepuk paha mereka tiga kali . Motif ? ==”

Alhamdulillah .
Ni lah serba sedikit tentang Syiah .
Nak lebih banyak info dan lebih dalam ,
Sila baca di newsfeed kalian mahupun membaca di blog / menonton di youtube / baca buku/kitab yang berkaitan . 
Moga Allah redha :’)

P/S : Wajib bagi kita menpertahankan akidah kita . Ya-Allah , jauhilah kami dari kesesatan Syiah , matikanlah kami dalam Iman , dalam Islam . Aamiin 





Credit :
Pendosa tanpa noktah ,
Nur Diana .



Wassalam.

Shahru Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy .

Assalamualaikum .



Ramadhan Kareemmm !


Ha ,nak jawap apa ea? Jawaplah " Allahuakram " :)

Salam Ramadhan saya ucapkan kepada semua . Syukur kepada Allah Taala yang telah menyampaikan kita pada bulan yang mulia ini . Alhamdulillah . Bulan Ramadhan yang penuh berkah , limpahan rahmah dan ujian kepada kita .

Bulan ini straight setiap malam kita akan bulan solat sunat.InsyaAllah.Solat sunat Tarawikh.Sesiapa yang senang hatinya untuk beramal ibadah maka Allah akan senangkan urusannya.InsyaAllah.

Semoga Ramadhan kali ini memberikan kita hati yang salim , fikiran yang cerdas , badan yang cergas dan yang penting hubungan kita dengan Allah .

Semoga sampai ke puncak MARDHATILLAH .

Wassalam.

27 June, 2013

Hari ni dapat Results

Bismillah.Sollu Alan Nabiy
Assalamulaikum


♥  | via Tumblr
i will remember what was happen today to be a better student the next day


Bersamaan hari Khamis bertarikh 27 haribulan 6 2013 , sekolah saya telah mengumunkan hari ini hari ambil keputusan slip peperiksaan.Jadi kitorang tak belajar. Wuuu~

Nak dapat slip tu wajib mak bapak datang.Ayah aku datang pukul 12 lebih.Oklah asalkan datang.Terima kasih..sayang ayahhh~~

Time ambik results itu , aku jeling-jeling.Alhamdulillah top 5 . Okeylah.Tapi ayah aku masih xpuas hati, sebab markah Maths aku dapat D . Argh..apa boley buat ayah ? Anak ayah sorang ni tak minat maths..ok sorry ~

Oklah kot..dari 22 subjek dapat *tolak 4 .. ( A+ A A- * ahh sume adelah* )

Tahniah diucapkan sepenuh hati murni ini kepada Khairul Bariyyah kerana berjaya dapat no 1. Fara Azwana no.2 , Nuraqilah no.3 dan Siti Hanisah no.4

Aku minat maths jika aku minat cikgu yang mengajar dulu..orang kata baru ada berkatnya . Aku tak kisah pun siapa yang mengajar aku asalkan beliau superb maths.Jadi bolehlah kalau ada pelajar tak faham cikgu boleh terangkan secara tafsili ataupun secara mudah supaya pelajar-pelajar faham.Macam cikgu maths aku tahun lepas..dari E boleh dapat A . Alhamdulillah .

Ayah,cikgu ngajar Bi dan Maths tu macam cikgu yang ajar adik masa tuisyen PMR tahun lepas.Macam nak sama je cara ngajar mereka tu semua . Cuma bezanya tahun ni kedua-duanya lelaki.Aaaaa,,taknak tuisyen.Harap je bayar mahal.Akulah kan , kalau aku  tak faham * sebab kat sekolah aku belum masuk tajuk tu tapi kat tuisyen dah masuk tajuk tu *  aku nak sangat mintak berenti...biar masuk tuisyen tahun depan.Oklah..tahun depan SPM .. waghhh~~

Cikgu-cikgu sekalian,gagal saya bukan kerana gagalnya cikgu mengajar tapi kerana gagalnya saya dalam memahami bait-bait ucapan kata cikgu.Maafkan saya.

*taknak pergi kursus ke cikgu?
**Ayat keluar direct dari perasaan dan sebagainya.Ucapan kata 'aku' sebab diri ini hanya bercakap dengan diri sendiri.Alone.

Wassalam.

05 June, 2013

Awak nak tahu tak ?

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy
Assalamualaikum .





Awak, Allah Taala telah menjadikan awak sebaik-baik kejadian 
Cantik , kacak , comel , montel , anggun dan mempesonakan 
Awak ada semua yang Allah beri kepada hamba-NYA yang lain 
Kita semua geng sebab Allah beri kita semua punya anggota , hati , akal 
Yang membawa kita kepada kehidupan yang bahagia 
Hasil lakaran dan corak kita sendiri 

Awak , setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing
Hebat mana pun dia , dia tetap lemah 
Sebab apa awak ?
Sebab Allah Taala pernah berfirman :
"Tidaklah AKU ciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepadaku"
Andai ada yang tidak berkenan dalam diri
Mohonlah pada-NYA agar diberi sifat qanaah
Jangan terlalu menyeksa diri sendiri
demi mengubah kekurangan itu
kerana hakikatnya , kekurangan itu akan terbuka juga
walau awak tutup dia sekemas mana pun 

 Syukurlah , redhalah , Sabarlah
jangan memaksa melakukan sesuatu yang awak tidak mampu lakukan
kerana awak merupakan ciptaan Allah Taala yang sangat indah !


SNSBH

Buku idaman hati from BookCafe.com



Assalamualaikum .

Hari ni nak save buku yang menjadi idaman hati .
Semoga bermanfaat .
Jom beli .
InsyaAllah .
RM18.00
RM11.70
RM26.40
RM17.10
RM16.20

RM10.80

Actually , all the prices have their promo . The price under the picture is not a real price . 
You can get more promo from bookcafe.com 
Ok .Syukran =)

Wassalam .

*grammar salah kot

10 May, 2013

Umi , adik sayang umi

Bismillah.Assalamualaikum .

Tarikh 16 Mei nanti Hari IBU kan ? Aku takut aku tak ingat nak berblogging , aku rasa baik aku ucap sekarang.Tulis sekarang .

Aku berada didalam perut suci itu selama 9 bulan 10 hari . Dengan istiqomah dan ikhlasnya si ibu dalam membawa perutnya yang kian memboyot itu dengan sabar dan redha . Lahirnya seorang bayi perempuan yang sangat comel pada 13 Ogos di Sandakan . Itulah aku , Syahira .

Umi , sangat banyak pengorbananmu. Nak tahu tak ? Dalam karangan BM , adik buat karangan tentang karangan ibu-bapa , adik rasa tuje yang adik boleh buat sebab adik boleh jadikan umi dan ayah sebagai role model :) . Adik dapat 6a dalam PMR pun sebab umi jugak . bila adik lalai , umi marah adik . Suruh adik study , umi selalu ingatkan adik yang umi hanya dapat tinggalkan ilmu je pada anak-anak umi . Adik ingat sokmo hok tu . Ayah pun sabar je bagi duit bila adik mitok nok beli buku latihan .

Jazakallahukhairanjaza' !

Ibu , insan yang membawa kita ke dunia . Membawa kita dengan kasih sayang dan cinta . Biar kita buat perkara yang ibu tidak suka pun , ibu kita akan sabar dan nasihat kita . Tapi bila kita melampau , ibu kita bagi 'hadiah' special buat kita . Hadiah yang kita ingat selalu . Bila kita lapar , ibulah yang akan memberi kita makan . Menyimpan kita makanan biarpun ibu nak sangat makan . Sebenarnaya, lapar kita , lagi lapar ibu . Sakit kita , sakit lagi ibu . Sebab kita merupakan jantung hati ibu , kita sakit sikit . ibulah orang yang paling kalut sekali . Ibu , engkau ratu hati .

Aljannah tahta aqdamul ummahat 

" Syurga itu dibawah tapak kaki ibu "

Umi  , syukran jaza' jiddan-jiddan ala' hadaya fil dunya ilal iman wal amalissolih .

AKU SAYANG UMI AKU !

29 April, 2013

happiness, may i have one please ?



Bismillah.Assalamualaikum .

Allah SWT apabila dia menyayangi hamba-NYA maka berkatalah kepada para malaikat
" Sesungguhnya AKU menyayangi hamba ini , maka sayangilah dia ! "

Maka apabila Allah SWT berkata demikian , maka sayanglah para malaikat dan seluruh isi bumi beserta makhluk-makhluk Allah SWT turut sayang dan cinta padanya .

Indah kan ? :)


Jadi , jika ramai orang tidak menyayangi seseorang itu , adakah Allah SWT turut tidak menyayanginya ?

*puzzle in my mind *

akhi .. asif jiddan



Basmalah . Assalamualaikum .

Hari ini ada meeting pengawas untuk majlis Tertinggi ( MT ) dan Exco-exco dan saya pun pergi lah jugak . Kami bincang pasal tamrin dan isu-isu semasa .OKlah , ada topik tapi tak lama sangat sebab itu je yang kami boleh utarakan . Tapi saya balik awal tapi , tak tahulah kot-kot meeting sambung balik . Oppss  * tapi doa penutup majlis dah baca :#

Saya pun ada lah cakap sikit-sikit . Dan saya bercakap dengan Exco I saya yang merupakan tua setahun daripada saya . Saya tersasul panggil dia 'abng' , ingat nak sebut 'enta' tapi tersebut 'abg' . Sebab kalau saya cakap-cakap dengan kawan saya , saya sebut dia 'abng' . Biasanya kalau cakap dengan exco I tu saya sebut 'enta' tapi kenapa hari ini tersebut ayat tu ..

YA ALLLAHH ... Badmood masa tu jugak *sebab tu cepat2 balik awal * .. Tu pun sebab Kak Aina dan selepas tu Kak Nabila yang tegur . Ya Rabbana .. xsanggup nak berdepan dengan mereka esok hari .

Rasa nak pindah sekolah je .
Allah .



26 April, 2013

Sabun Beras Susu Thailand


Assalamualaikum. Basmalah



Keunggulan sabun beras thailand ini :
- aman dan tidak mengandung mengandung bahan kimia
- sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering dan sensitif
- dapat digunakan pada kulit wajah maupun badan
Fungsi untuk kulit wajah:
• khasiat susu dan beras membuatkan kulit muka anda lebih cerah dan lembut
• menghilangkan semua kotoran, minyak, dan sel kulit mati
• membantu menghilangkan jerawat & kulit berminyak
• bisa digunakan sebagai pencuci muka untuk membersihkan make up pada kulit wajah
Fungsi untuk kulit tubuh:
• menghilangkan bekas hitam di ketiak, siku dan selangkangan paha, dll.
• memberi kesegaran sepanjang hari
• menghilangkan bau badan
Cara penggunaan Sabun Beras Thailand:
• gosok seperti pencuci muka dan sabun badan selama 2-3 menit kemudian bilas.
• gunakan pada muka & badan setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

Secara jujurnya , saya seorang pengguna sabun ini .
Hasilnya bergantung kepada tahap kepenggunaan sabun ini , kerap @ jarang .
Kalau nak beli tu kena tanya penjual itu dulu , ori ke tak ?
Sebab kalau tak ori sekalanya hasilnya itu tak jadi manalah .

Apapun , Allah belako ;)

Berminat : Sila PM 
Ukhti Khalijah - NSS Ilham Enterprise

Dapatkan harga menarik di sana :D

p/s : kakak facebook jual

Imtihan fil Qalb

Assalamualaikum . Basmallah



Dalam setiap detik nafas yang disedut dan dilepaskan , ada ujian disebaliknya .

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dulu , rasa tak nak hidup . Macam dugaan yang hadir rasa macam nak tempis-tempis je . Macam nak lempar dan renyuk2kan dan masuk ke dalam tong sampah . Tak pon , diri sendiri yang terjun ke dalam gaung . Biar tak terasa oleh diri akan beratnya masalah yang menimpa.

Sekarang pun , ujian tetap ada sebab segala diri ini hidup selagi tulah segala ujian tidak pernah tiada.Ujian untuk memberikan kita kesabaran kan , tp sejauh mana kita boleh sabar ?

-serabut dalam math
-rasa pening lain macam bila baca sejarah dan fakta2nya
-hafal madah2 arab
-cakap dgn adik usrah yang macam nak dan taknak dengar je 
-beri kemudahan dan peraturan tentang disiplin garaj motor untuk pelajar di sekolah
-dugaan dalam menjadi hamba
-rimas dalam melayan adik2
-taknak kawan dengan orang 

dan lain-lain .

Allah SWT telah berfirman bukan bahawasanya DIA tidak akan memberikan ujian melainkan kita sanggup menghadapinya . Allah Maha Baik .

Segala ujian yang diberikan kepada kita adalah yang terbaik dan untuk mendidik diri kita untuk terus bersyukur dan mengingati-NYA. Amat malang jika ujian yang Allah beri itu kita sia-siakan.Hasilnya , kita dapat dosa dan jiwa kita kosong .

Semat dalam diri , Allah Maha Pemberi segalanya .

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.


Suka artikel ni : Kenapa Aku Diuji ? 

Hayya ila Sa'id


Hidup di atas bumi bukan untuk bersuka ria
tapi untuk menggalas amanah yang diberi-NYA
tiada konsep hiburan dalam jiwa seorang dai'e
kecuali gembiranya dia dalam mengabdikan diri kepada Tuhan yang Esa
dalam meniti titian syurga
untuk kembali kepada-NYA
dalam dakapan redha Ilahi

-SHS-

09 April, 2013

Madrasatii

Bismillah.

Assalamualaikum .

Ujian pengesanan sudah lepas , sekarang ujian pertengahan tahun akan tiba pada awal bulan lima nanti.Ma'attaufiqwannajah semua .

Saya bangga dengan sekolah saya . Hatta mereka yang di Maahad memandang rendah pada sekolah saya tapi bagi saya sekolah saya mempunyai keistimewaan yang tersendiri yang saya tak nampak kat sekolah lain . Sekolah saya merupakan sekolah bantuan tetapi jangalah yang memberi bantuan itu menganggap kami seperti tiada maruah , jangan dihina , jangan dicaci . Simpan saja bantuan jika itu yang anda mahukan kerana anda sedeqah atau tidak , status anda sama  .

Sekolah saya walaupun tidak segah dengan sekolah lain tapi bagi saya sekolah saya sangat berjasa. Masa saya tingkatan 1 saya duduk di bangunan kayu . Memang rasa panas sikit sebab kipas atas kepala nak nazak etep .

Sekolah saya tiada aliran sains mahupun teknikel , yang ada cumanya aliran sastera.( Mungkin ) . Usah takut / risau akan rezekimu kerana yang memberi dan memegang rezekimu hanyalah ALLAH . Jadi , usah takut jika dirimu beranggapan belajar sastera sia-sia . Allah tahu apa yang terbaik untukmu pada masa depanmu . Jadi buat sekarang , belajar bersungguh-sungguh biar mereka di Maahad tahu sek2 kito panda belakooo !

INSYALLAH

Sollu Alan Nabiy
Wallahua'lam

24 March, 2013

Come,Study,Heart




Bismillahirrahmanirrahim. Sollu Alan Nabiy 

Assalamualaikum :)

Rasa gembira sangat hari ni sebab mak sedara ana datang dari KL . Tapi , buat malu-malu kucing pula , padahal rindu sangat . Kitorang panggil beliau CikNa. CikNa pernah bawa ana dan 2 orang adik beradik yang lain jalan-jalan dekat KL . Kitorang kan duk Kelantan jadi kitorang diberi pendedahan sikit apa yang ada dekat KL . Masa tu , ana umur 10 tahun :)

Lama dah .


Dan yang lain pula , ana dah berjaya seimbangkan badan ana . Ana naik motor tadi ... berjaya ! Tapi terlalu deras / laju ana membawanya . Baru belajar kelmarin jadi tak tahu macam mana nak perlahankan motor tu , sebab ana suka bawa laju-laju ^_^ sampaikan adik ana yang ana bawa tu kata "  Woi ,tak sayang nyawa ke " . Heheh , dop kot .


Ya Allah , jagalah hati ini . Tak sangka hati ini boleh terpaut pada dia . Hanya diam-diam . Biarlah , hanya DIA yang Maha Mengetahuinya .

InsyaAllah

05 March, 2013

Strength

Tuhan tidak pernah menjanjikan satu hari tanpa ujian dan halangan dalam kehidupan ini,
tetapi Dia menjanjikan kekuatan buat kita setiap hari untuk melalui semua ujian yang Dia beri.

The best quote from Hilal Asyrat that insprised from Allah SWT :')


Tuhan , berikan aku kekuatan untuk aku hadapi ujian yang diberikan hatta besar pada pandangan manusia tetapi kecil bagi aku . insyaAllah Amin .

Salahuddin Al-Ayubi ada mengatakan ; aku meminta kekuatan tetapi Allah SWT bagi aku ujian untuk aku kuat .


Kuatkan aku wahai Allah .

Allah , aku..

kenapa aku buat perkara yang sangat bodoh pada hari ini . Kenapa dengan aku ? Aku bukan seperti manusia lain . Aku tak cantik , aku jahil , aku perasan , aku ego , aku tidak waras . Ya Allah , kenapa dengan aku . Jagalah hati ku wahai Allah , usah gelegakkan tangga perasaan ini . Allah , minggu depan aku ada ujian , lepaskanlah segala kekusutan dan kelemahan yang melanda . Allah , janganlah mereka mengata apa-apa tentangku . Aku mohon maaf jika aku ada menimbulkan fitnah . Ampunkan aku wahai Allah ....


Luahan rasa yang tidak menentu pada hari ini . Selasa .

SUKAN ESOK

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum .

Memandangkan esok sukan , jadi nak bercakap pasal sukan sikit . Sukan bagi saya sangat menyeronokkan sebab kita dapat berseronok. TU je .

Selain itu juga , kitorang dapat bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim  .Contohnya , kitorang main bola tampar , walaupun tak kenal tapi kitorang tetap bekerjasama jugak sebab nak menang lah kan.Kalau menang kitaorang sangat seronok dan tegur-menegur...kalau kalah , diam membisu  .. Ahah , xdelah sampai macam tu .

Kebanyakan geng-geng yang menang sukan ni pelajar-pelajar yang kitorang panggil 'metho' .. Ada jugak yang alimnye tapi kebanyakannye dari orang macam tu. Walaupun bersifat macam tu , diorang tetap punya hati yang baik . Cayelah .

Kepada kumpulan kuning , Good Luck korang !

(: 

Esok Sukan


Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum .

Memandangkan esok sukan , jadi nak bercakap pasal sukan sikit . Sukan bagi saya sangat menyeronokkan sebab kita dapat berseronok. TU je .

Selain itu juga , kitorang dapat bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim  .Contohnya , kitorang main bola tampar , walaupun tak kenal tapi kitorang tetap bekerjasama jugak sebab nak menang lah kan.Kalau menang kitaorang sangat seronok dan tegur-menegur...kalau kalah , diam membisu  .. Ahah , xdelah sampai macam tu .

Kebanyakan geng-geng yang menang sukan ni pelajar-pelajar yang kitorang panggil 'metho' .. Ada jugak yang alimnye tapi kebanyakannye dari orang macam tu. Walaupun bersifat macam tu , diorang tetap punya hati yang baik . Cayelah .

Kepada kumpulan kuning , Good Luck korang !

(: 

04 March, 2013

Selasa,Rabu,Khamis

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum

Hari ini hari Selasa . Rasa macam nak pitam sangat walaupun tugas yang tidak seberapa banyak tapi kena fikir tu kuat sikit . Bila buat sesuatu first time macam ni memang macam-macam ragam. Hari Khamis ni ada Qiamulail kepimpinan pelajar . Pengawas , ketua kelas dan penolong kelas yang terlibat dalam qiam tu , tidur kat sekolah . Yeay ! >.<

Jadi , saya punya tugas ialah buat kad untuk Ajk-ajk Qiam nanti  . Tali merah untuk Majlis Tertinggi dan tali Hijau untuk Ajk . Minta maaf banyaklah kak Ummu kalau tak cantik , sya xpandai edit . Hummmmmm~~!

Esok hari Rabu ada sukan. Pesta Sukan lah maksudnya .. Yeay , xnak main.


----------------------------------------------------------------------------

Buka cerita lain .

Oh hati , kenapa malu sangat dengan orang itu ? Dia ketua awak , bukannya sesiapa.Bila aku tengok dia , muka aku masam sangat . Nak senyum tapi tak berani . Allah , lindungi hati aku ..Amin ..Jangan malu sangat , bukan buat apa-apa pun .. just kerja..Kerja pasal Keselamatan ..

<.>

01 March, 2013

Rindu awak , kawan

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy
Assalamualaikum .


Rasa rindu bila dengar nasyid.Teringat dekat kawan-kawan lama yang selalu nyanyi bila boring.Time cikgu tak masuk kelas pun kitorang nasyid jugak. Hilwani yang jadi ketua . Watif pom . Memang dia johan dalam pertandingan nasyid . Tapi sekarang tak lagi ....






Hilwani , Awatif ... and Shikin ... Kitorang start kawan rapat time form 2 sebab masa tu saya dan shikin duk depan wani n watif .. time form 3 .. terbalik pulak. hahah diorang duduk depan kitorang pulak :')

Sekarang form 4 ... xdah .. Sahabat saya , telah berhijrah ke sekolah lain.Mereka amik sains .. Ada nak jadi doktor , pilot , akauntan ... Majoritinya doctor lah . Wani dan watif pun amik sains .

Sahabat ,
rinduku akan kenangan semalam ,
mengimbau pada memori-memori bersama ,
semoga tetap utuh dalam jiwa,
sebagai pengubat rindu .


Saya sayang kalian , kerana Allah Taala..InsyaAllah !
Semoga Allah SWT memperkenankan dan memperindahkan urusan dan cita-cita kalian.Amin :')

Rindu korang .. <3

25 January, 2013

HANANA MUHAMMAD




Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum.

Lama sangat jugak tak on9 . Agak sibuk sejak masuk tingkatan empat ni . Ha , em saya tak berjaya dapat 9A . Saya tak kisah pun sebab apa yang saya dapat itu membuktikan sejauh mana saya berusaha.Alhamdulillah . Cuma yang sedihnya bahasa arab saya B . Argh! Kenapa lah... *tahun ni bagi mumtaz!*


Hari khamis cuti.Sambut maulud kekasih kita Nabi Muhammad SAW . Sollu'alannabiy , kami rindu padamu ..:( .. Kami berusaha untuk menjadi umat yang baik , berakhlak mulia , berbakti dan bermanfaat buat yang lainnya agar kami tahu erti menghargai dan mensyukuri atas nikmat yang Allah berikan . Umat sebelum lahirnya Baginda , berazam untuk menjadi umat Baginda Rasulullah SAW. Ada yang apabila dia meninggal , dia ingin umat Nabi Muhammad yang menguruskan jenazahnya . Allah , jadikan kami orang-orang yang bersyukur ! Amin ! blogger-emoticon.blogspot.com

Kerana menjadi umat Baginda , terlalu banyak keistimewaan . Umat sebelum baginda juga sama.Semua umat ada keistimewaannya :) .. Cuma , keistimewaan itu berbeza . " ya Allah , kami mohon ..berikan kami syafaat nabi-MU dan kalam-MU ..Amin "

Rasulullah SAW , indahnya apabila kami dapat melihat wajahmu . Wajah yang masam kembali ceria . Hati yang lalai kembali mengingati Allah . Badan yang letih menjadi segar dan segala masalah yang kami hadapi akan lenyap pabila mengadap dan melihat wajahmu ya Rasulullah  !

Sangat beruntung pelajar UIA yang diberi peluang oleh Allah untuk menatap wajah sucimu ya Rasulullah . Dengan itu , semoga hati kami tidak pernah puas untuk mengamalkan sunnahmu walaupun sedikit .




Oleh itu , marilah kita bersama-sama mencintai , mentaati Allah dan Rasulullah ..kerana nabi pernah bersabda ...

" Engkau akan bersama dengan orang yang engkau cintai "


Kata Anas bin Malik:  “Aku belum pernah melihat kaum muslimin berbahagia setelah masuk Islam kerana sesuatu seperti bahagianya mereka ketika mendengar sabda Nabi itu” [HR Bukhari]

Baginda SAW juga bersabda :



لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ
“Tidaklah beriman salah seorang di antara kalian, hingga dia menjadikan aku sebagai seorang yang lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya, dan manusia seluruhnya. ” [Muttafaqun ‘Alaihi]


Rasulullah mencintai umatnya ! 

Wahai Rasulullah , kami juga mencintaimu.Syukran Jazilan Jiddan-jiddan! :')




p's : maaf , artikel tidak cukup isi . Apapun , semoga bermanfaat.InsyaAllah :)

11 January, 2013

Kemaruk Novel


Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum.

Tadi baru selesai menutup muka surat novel itu.Sangat best dan teruja . Novel Ombak Rindu . Biasalah kan , novel ..macam-macam konflik.Saya suka itu kerana untuk mengingatkan saya bahawa kadang-kadang perkahwinan itu tidaklah seindah mimpi .. ianya adalah titipan rahmat dan belas kasih-NYA buat hamba-hamba-NYA .

Novel itu saya pinjam daripada kawan yang yang memang fanatik novel . Banyak novel dia . Dia kata bila dia tingkatan lima ni dia target nak ada 50+ novel . WOooo , hebat ! Hahaha ... kawan dia pun memang obses novel . Mereka buddyz , takkan terpisah !

Novel Ombak Rindu memang best cuma bila dibuat filem , cite tu jadi tak best . Sebab , yang halal jadi haram . Hariz ( Aaron ) mengahwini Izzah ( Maya Karim ) , dalam cerita tu mereka sah . Tapi bila dalam filem , nikah macam mana pun takkan sah sebab memang tak bernikah pon . Tapi dalam bab-bab pegang dan asmara memang no 1 lah kot .

ASTAGFIRULLAHAL'ADZIM !

Disebabkan cover filem diubai suai yang mana menempatkan para pelakon filem Ombak Rindu jadi bila setiap kali baca saya ingat Izzah tu Maya Karim dan Hariz tu Aaron Aziz . Memang tak syok betol ...


Ha, sampai sini sajalah . 2/setengah hari ni saya sudah habis 3 novel . Macam-macam konflik yang ada.Menandakan kasih Allah kepada hamba-hamba-NYA  =) Alhamdulillah ...