18 December, 2012

Mari berdoa

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy


Assalamualaikum .


Today is 19 Dec 2012 . I'm dont know what my feelings are. Mixed ! Apepun , saya mengharapkan keputusan yang sangat baik dan cemerlang . Siapa yang tak nak kan..Semua orang mahukan kejayaan dalam hidup mereka . Berdoalah kepada Allah , semoga Allah mempermudahkan urusan kalian especially for form 3.

Mari kita berdoa , doa kita tidak akan pernah putus kepada-NYA kerana kita kan hamba..Hamba yang lemah semestinya mengharapkan bantuan daripada TUAN mereka. Oleh itu , jangan putus asa kawan . Mari berdoa !



Kerana Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang =)



Wassalam
Syahira Hamdan
4 Safar 1434

16 December, 2012

Twit twit

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Assalamualaikum


Saya dah ada twitter tau . Saya buat twitter pada tarikh 12.12.12 :D


ini twitter saya =3


Wassalam
2 Safar 1434

15 December, 2012

Coret-coret



Saya 9A , insyaAllah 


Assalamualaikum .


Lagi empat hari lagi nak ambil keputusan PMR . Macam-macam perasaan yang ada . Takut + Gusar + Entah apa-apa .

Sikit ni je nak cakap . Good luck kepada PMR candidates . Teruskan berdoa dan jika mampu , lakukan solat hajat . InsyaAllah .


Nota kaki : sangat sejuk sekarang ni ... musim tengkujuh kan . Tanah Merah , Pasir Mas dan Pasir Puteh belum banjir lagi kan ?

09 December, 2012

Semak keputusan PMR secara online dan sms

Assalamualaikum .


Semak Keputusan PMR 2012 Secara Online dan SMS





Keputusan PMR dijangkakan akan keluar dalam tempoh 20-25 Disember 2012 . Semakan boleh dibuat secara online mahupun sms.

Untuk SEMAK KEPUTUSAN PMR SECARA ONLINE bolehlah masuk terus ke link ini 


Untuk semak keputusan PMR secara SMS pulak , anda boleh mengikut arahan dibawah : 

Semak Keputusan Secara SMS

- Semakan SMS  : Taip PMR (Angka Giliran) dan hantar ke 15888

- Contoh : PMR BA1234567 hantar ke 15888

Credit : FUH!!

p's : Good luck for all PMR candidates and also me :)


cutesecrets:

MORE STUFFS HERE :)

Ya betul tu . Apapun , doakan yang terbaik buat anda dan rakan anda !

08 December, 2012

My future

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy 


Assalamualaikum wrbt..

Cuba untuk membaca buku tingkatan 4 yang penuh dengan fakta-fakta baru ( for me ) . Try , trying and tryed . Sekolah saya iaitu SMU(A) Tarbiah Mardhiah , Panchor merupakan sekolah sastera tapi saya taknak ambik sastera , saya nak ambil sains  . Saya agak keliru dengan kedudukan sekolah saya tu , sastera atau akaun ya ?  


Nak beli spek ibnu sina , rawat rabun 



Saya nak pergi ke Jordan ! Sebelum ni nak pergi ke negara Eropah tapi iman saya tak sekuat mereka . Jadi saya nak pergi ke Jordan , Jordan University of Science and Technology . 3 tahun belajar asas , 3 tahun klinikal . Lagipun kat Jordan kena praktikal dekat Hospital KAUH yang semestinya kena berbahasa Arab 

Doakan saya ya 



Bulan ni ambik results PMR , all the best for PMRs' candidates ! 


p's : praying for the best results , 9A PMR .. InsyaAllah ! 

30 November, 2012

Holiday to Johore End

Assalamualaikum .

Selepas naik tangga yang sangatlah banyak , kami pun turun dari situ dengan langkah yang laju . Yelah kan , seronok turun tangga . eh =.='

Selepas tu , kami pergi ke rumah Zaman Kesultanan Melaka / zaman kemajuan Melaka . Rumahnya itu Subhanallah ! sangat besar dan cantik . Rumah itu bukan merupakan sebuah replika tetapi rumah itu dicat baru.sangat besar !



Dihadapan rumah agam Melaka


Patung / Replika orang-orang Melaka


Bersama hulubalang-hulubalang Melaka, mujur sorang tu hidup .. Alhamdulillah ^^,


Lepas balik dari Melaka , kami balik ke homestay . Bila petang , kami bersiap untuk pergi ke rumah MakTam sebab ada tahlil datuk dan nenek . Tapi sebelum tu , kami singgah dahulu ke kubur tok ayah dan nenek . Semoga datuk dan nenek alik umi dan ayah bahagia dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan menyerah diri serta selamat . amin. Al-Fatihah ..


Keadaan dalam tahlil . Makanan tu sedap sangat .. Lebih-lebih lagi ada sayur timun + macam-macam..!


Rasa sangat meriah rumah itu sebab yelah kan , umi dan adik umi yang kami panggil beliau 'Antie' dan family beliau datang rumah.Mereka duk kat Melaka . Sungguh ramah Antie , suka sama Antie !! ^__^

Tapi , malang sekali .. saya tidak ingat nak tick gambar kitorang .huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu ... sedih tak berlagu la ... Herm! :|

Tapi , rasa sangat gembira :)

Bersambung :D.....




















Tidak bersambung dah sebab keesokan harinya kami dah nak balik . Rindu johor , rindu datuk nenek , rindu kampung , rindu saudara mara , rindu sepupu dan rindu semua orang. Ingat lagi time kecik2 dulu , meriah sunggguh rumah tu , tapi kini ... tidak ramai yang datang....Tok ayah pun dah xda.... :'(

Aku gembira...Dulu saya selalu menyangka bahawa sepupu saya ni sombong , tak ingat kat orang kelantan..Rupa-rupanya hhu , tidak sama sekali. Tapi ada jugaklah sorang dua tu . Biarlah mereka...

RINDU kalian ^__^

p's : paklong , nak duit raya .... :$

29 November, 2012

Doing something for Palestine !

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy 

Assalamualaikum .



Apa lagi yang kita boleh lakukan untuk Palestin?

Kami dari LangitIlahi ingin kongsikan kepada pembaca sekalian
"8 Tips Praktikal Untuk Membantu Palestin!"

Share dan sebarkan ke seluruh pelusuk dunia!

Moga kita sama-sama dapat terus menyumbang untuk Palestin!

28 November, 2012

Holiday to Johore I

Assalamualaikum .

Alhamdulillah , hari jumaat lepas saya bertolak dari kelantan ke johor merankap kampung umi saya . Dari timur ke selatan , herm agak memenatkan jugak . Saya beberapa kali minum air untuk hilangkan pening.Minum air 100plus lagi sedap.weeee~

Sampai Johor , kami menginap di homestay . Homestay punyalah cantik , dua tingkat . Sangat suka..Petang tu , kami sekeluarga pergi ke kampung Umi yang tidak seberapa jauh dari homestay kami ... Di kampung tu , ada adik Umi namanya MakTam , suaminya , PakTam dan 2 orang anak yang bernama Malik dan Syakinah.

Keesokan harinya , kami pergi melancong ke Melaka ! dan kami bawak sekali sepupu perempuan iaitu Syakinah ... Sangat best dan sangat letih , bila nak naik tangga pergi ke puncak tu .. kat puncak tu ada peninggalan portugis . Ahah !



Di Kota A Famosa

Ha , kat sini lah naik macam nak semput . Beautiful view i see ^_^

Bersambung :D

15 November, 2012

Kek baru

Hari ini buat kek baru ! Yeay , kek coklat.Malang sekali , coklat nya kurang enak jadi keknya pun ngak enak langsung..

Kenapa ? Kenapa ? Sudah tiga kali kok aku buat'in nya..Kok jadi gini ? Mana bisa...


Waaaaa

Celoteh:STSyaa

12 November, 2012

safe our home , oh Allah .

 Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy

Keluargaku hebat!insyaAllah .

Semoga rumah kediamanku tetap disirami rahmat dan berkat-NYA
(sekadar gambar hiasan)

Assalamualaikum .

4 minit sebelum berginjak pukul 4 pagi. Aku masih disini dengan mata yang still segar bugar . Bukan tidak mengantuk tapi ada kekacauan yang melanda . Ya Allah , aku takut sangat-sangat . Aku berdoa , semoga rumahku ini masih tetap teguh berdiri dalam menjaga ahli-ahlinya . Menjaga barang-barangan yang terdapat di dalam rumah ini semoga terus kekal . Lindungilah kami , dari tangan-tangan penjenayah , tangan-tangan pendusta, tangan-tangan pengacau , tangan-tangan pencuri dan tangan-tangan orang-orang yang zalim .



Ya Allah , butakanlah mata mereka andai niat mereka ingin mencuri atau memberi sesuatu yang mensyirikkan ENGKAU agar mereka tidak akan sesekali berbuat demikian. Ya Allah , jadikan kami ... hamba-MU yang terus kuat dalam menghadapi cabaran,dugaan dan ujian . Celikkan hati mereka agar tidak terjerumus dalam lembah kemungkaran .

Ya Allah , selamatkan kami.

Amin .

HambaKhauf
SyahiraHamdan

25 October, 2012

Hijrah kita hanya pada-NYA

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy 

Assalamualaikum .



Selamat Menyambut Hari Raya Korban @ Salam AidilAdha kepada semua muslimin dan muslimat yang dikasihi dan dirahmati Allah SWT . Semoga korban yang dilakukan dapat menginsafkan diri kita dan dirahmat , hidayah dan keampunan daripada Allah SWT . InsyaAllah .

Berbicara tentang korban , saya teringat akan seseorang . Berkorban segala-galanya pada jalan Allah , sanggup bersengkang mata untuk mengadu dan memohon keampunan daripada Allah . Menangis menginsafi diri , dalam sendu ada bahagia . Kerana pendengarnya ialah Allah . Pendengar setia pada si dia . Kerana dia tahu , tanpa setitis air mata ketika berdoa , bukti hati itu ada masalah .Jika dia mendengar al-Quran pula , dia menangis dan tersenyum . Janji Allah padanya . Dia ingat , orang yang hatinya itu keras ialah apabila dibaca olehnya ayat-ayat al-Quran tapi tiada air mata yang mengiringi . Biarpun terlintas di hati bahawasanya dia sudah berjaya menjadi mukmin bertaqwa , dia tidak riya ' malah merendah diri kerana dalam hatinya ada TAQWA .

Apabila kita sudah/sedang/dalam berhijrah , kadang-kadang hati kita tidak tsabat ( tetap ) . Sering syaitan datang menggoda , namun tangisilah kepada Allah kerana hanya DIA pencipta sekalian makhluk . Usah takut , Allah ada !

10 Zulhijjah 1433
Syahira Hamdan

22 October, 2012

Ada dunia yang lebih baik

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy .

Assalamualaikum .


Letakkan dunia di tanganmu  , dan letakkan akhirat dihatimu .

Apabila seseorang meletakkan dunia di tangannya , dia mampu mengawal dunia itu . Tidak tergugat sedikit pun akhiratnya kerana hatinya itu tidak memikirkan akan nikmat duniawi . Berlainan dengan seseorang yang yang meletakkan dunianya di hatinya , akhiratnya tidak terurus apatahlagi dunianya . Seseorang yang meletakkan akhirat di tangannya , dia tidak selamat , aman dan tenang biarpun dia mengatakan bahawa dia selamat dan aman dengan pilihannya itu . Walhal , dia selamat tidak lama . Malah mungkin hanya sesaat . Menikmati nikmat duniawi yang tidak seberapa GAH berbanding dengan nikmat ukhrawi iaitu ;

SYAFAAT . 
MENAIKKAN SYURGA KE SYURGA YANG LEBIH TINGGI . 
MENYEGERAKAN HISAB . 
MEMINTA ORANG YANG SAMA PAHALA DAN DOSA DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA.
dan macam-macam lagi .

Ada kebun, tapi x di tanam apa2, kemudian ada gajah masuk, x di buat pagar. Tetapi pemilik kebun itu mengharapkan kebunnya mendatangkan hasil setiap tahun. Munasabah x?Begitulah perumpamaan orang yang nak masuk syurga, tetapi tiada amal soleh, buat maksiat, dan tidak taubat..
Wassalam
Syahira Hamdan
6 Zulhijjah 1433

The first person

Bismillahirrahmanirrahim. Sollu Alan Nabiy 


Assalamualaikum 



1. Orang yang pertama menulis Kalimah Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam: Al-Hasan bin Ali RA

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah R.Ha

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan azan: Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

18. Orang yang pertama membuat mimbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al- Awwam RA

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam : Ali bin Abi Tholib RA

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawayah bin Abi Sufyan RA

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA

27. Orang yang pertama menghafal Al-Quran selepas Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus’ab bin Umair RA

30. Orang yang pertama masuk Syurga : Nabi Muhamamad SAW

p/s : Subhanallah!


6 Zulhijjah 1433

20 October, 2012

Doctor to be , Congrats !



Bismillahirrahmanirrahim. Sollu Alan Nabiy .




Assalamualaikum .

Saya rasa sangat gembira melihat kakak-kakak dan abang-abang yang bakal menjadi seorang doktor yang hebat ! Lebih-lebih lagi dekat Misra . Saya sangat suka tengok gambar mereka ni , sangat ceria ! Dekat Misra ada University Al-Azhar , Cairo University , University of Tanta , University of Mansoura , University of Alexanda ( kalau tak silap ) , University of Zagazig . Ok , tu je kot university yang terdiri daripada student-student medic . Tahniah :)

Ajen-ajen bagi university di Mesir ramai sangat . Tapi , kena pandai pilih ajen la kan , supaya tidak tertipu. Nauzubillah . Ajen yang saya tahu amat sangat bagi saya ialah AQM dan MEDICMESIR . Ajen MedicMesir ni  , orang panggil dia Umi , saya tengok gambar Umi ni pun rasa bahagia . Seorang yang ceria :)

Aminnnn !


Simpan cita-cita dalam doa , semoga ianya menjadi satu kenyataan yang membanggakan . InsyaAllah :')

Wassalam
Syahira Hamdan
5 Zulhijjah 1433



18 October, 2012

Purple ?

Bismillahirrahmanirrahim. Sollu Alan Nabiy .

Assalamualaikum .

Hari mula hujan . Ya , mungkin perubahan angin monsun Timur Laut yang menyebabkan laut Timur Malaysia bergelora yang mungkin akan menjadi banjir . Woho , banjir ! 

Ok stop .

Purple . Entah tetiba . Dulu minat hijau , of course . Tapi bila umi saya ni selalu je beli warna purple , ( hijau jarang sekali ) saya pun jadi minat warna purple juga . Kebanyakan baju kurung saya warna purple sampai terpaksa beli tudung warna purple .Hanya ada satu walaupun banyak baju kurung . Huhu 

So cute .

Warna pink sangat lovely . Hahah , cute semacam . 


Mujur sekali bilik saya bukan macam ni , tapi ianya akan datang.
Coming soon . Wahahah! 

Takpelah , macam-macam pulak.

p's : Salam menyambut bulan Zulhijjah. Tak perasan pun dah bulan hijrah . Tengok kalendar , rupanya bulan time saya exam tu , sudah bulan Zulkaedah . Ayoyo , macam mana buleh lupa . Erm .. Apapun , selamat menjalani ibadah haji kepada bakal-bakal haji dan hajah Malaysia dan seluruh dunia ini . Semoga hati tetap tsabat pada jalan-NYA dan semoga ibadah haji dipermudahkan serta mendapat kasih sayang , rahmat daripada-NYA , INSYALLAH ! 

pps : Sya mendoakan kebahagiaan dan kebajikan umi dan ayah semoga dapat pergi ke Makkah untuk menunaikan umrah dan haji . Amin ! 

Wassalam
Syahira Hamdan
3 Zulhijjah 1433

La Tahzan

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy



Harga : RM 18.00

InsyaAllah , kalau ada rezki nak beli buku ini :')

Habib Syech Asseggaf

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy.


Qasidah ya Hanana
Bakal menemui anda , rakyat Malaysia
pada 22/21 October ini ..


Jangan lupa mendengarnya di IKIM.fm 
pilihan utama anda 
@
Sila tonton di siaran TV ALHIJRAH
dalam slot Assalamualaikum 

17 October, 2012

Hari ini hari cuti



Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.Today is my holiday ! Yuhuu , i have another 19 days more . I have holiday because of our classes Form 3 have been used for exam likes STAM , SPM , SMU , Tingkatan 2 and Tingkatan 1 .  Actually , i love this because i was hope like this before . Huuhu , and i . I'm start boring .

Baca novel , tapi malang sekali . Novel itu sangat mengantukkan saya . Novel itu kurang sikit ya . Tak apa lah kan , bertungkus lumus novelis itu siapkan sebuah novel untuk bacaan para pembaca tapi saya kutuk pula.So key , sokey ..

PMR dah habis . Macam-macam yang datang . Suka Duka  macam-macam ! Herm ...
I hope , i'll become a muslimah's doctor one day . InsyaAllah :)


Here , insyaAllah . Tapi insyaAllah ' Kulliyyatul-Tibbi' :D

Here , we go .

Wassalam
Syahira Hamdan 
2 Zulhijjah 1433

16 October, 2012

Syabab Islam

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy .

Assalamualaikum :)




Hahhahahahahaha , 

first , memang ketawa sorang-sorang .
Memang pandailah pelukis yang melukis kartun ni :D

Dirimu syabab , amat bernilai sekali dalam dunia dan agama 
Engkau ketua ,
ketua segala-galanya,
ketua keluarga,ketua pemimpin , ketua risalah
Nak kata , semuanya engkau ketua yang telah dipilih
Pilihan Allah SWT,
Engkau punya tulang dan sendi-sendi yang mampu membantu dirimu kala kesusahan ,
Engkau berjiwa tegar ,
lembut dalam kata ,
semangat dalam perjuangan !



Semoga aku  bertemu dengan syabab seperti ini , 
bukan kerana menggedik ,
tapi kerana aku , penentu hala tujuku ,
Allah matlamatku Nabi ikutanku Syahid cita-citaku !

Syahira Hamdan
Hamba hina
1 Zulhijjah 14333

27 September, 2012

Secalit perasaan


Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum.

Entah apa nak dikatakan.Peperiksaan kian hampir mencengkam kepala saya . Saya cuma tunggu waktu itu tiba kerana pada waktu itu sahaja , saya hanya akan jiddan dalam aktiviti saya. Saya mahukan yang terbaik dalam kehidupan saya sebagai seorang manusia biasa . Mungkin diri saya tiada magic yang bisa menciptakan keajaiban , tapi saya ada apa yang orang lain tiada 'barangkalinya' ya .

Saya tidak mahu merendahkan diri , cuma bisa merendahkan hati tatkala ada pujian yang menyindirkan , yang memerlikan diri saya . Ampunkan saya andai ada terguris perasaan , terkasar bahasa , terlajak kata , renungan maut pada mata , ketidaksopanan dalam tingkah laku, perbuatan dan etc . Maafkan saya .

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Doakan saya , wahai teman . Semoga Allah SWT melimpahi hati-hati kita dengan sinaran rahmat kasih sayang-NYA . Amin ...

Hamba hina , Syahira Hamdan.
Sollu Alan Nabiy .
27/9/12

16 September, 2012

SOmething going out

Bismillahirrahmanirrahim .Sollu Alan Nabiy .

Assalamualaikum wrbth.

i Feel  , there're something special for me . After i do what the silly matter , the something will be gone . But , i put it in my soul , never let it go . I do know how to say , but i'm around the exam . PMR . Not to long . It's my PMR tables .


Kepada candidates of PMR necessarily , do the  best in PMR . I won't the regret , but i want the success .. what i pray before and after . OKey ...

My soul , please be honestly to Allah . Don't do the bad matter again . Allah saw you , because HE loves you . It's most than enough , right ? :)

Wassalam.
29 Syawal 1433 
(End Syawal , huhu)

14 September, 2012

Kenapa aku TUHAN ?

Di saat aku melihat ramainya manusia yang rakus mengejar dunia,
Mengapa Kau pilih aku untuk sibuk mencari redhaMu?
 
Disaat aku melihat ramainya pemuda yang hilang jati dirinya,
Mengapa Kau pilih aku untuk menjadi insan yang membinanya?

Disaat aku memandang ributnya gelagat manusia berhibur,
Mengapa Kau pilih aku untuk diam ingat padaMu?

Dikala aku merasa teringin untuk merasai nikmat dicinta dan mencinta,
Mengapa Kau pilih aku untuk mencari cintaMu?
Disaat diriku ini terlalu banyak dosa,
Mengapa aku yang kau pilih untuk segera bertaubat?

Disaat ramainya manusia merobohkan agama,
Mengapa aku juga yang Kau pilih sebagai kalangan yang membinanya?

Mengapa aku?

Aku banyak dosa…
Aku banyak maksiat…
Aku banyak ingkar…
Aku bukan orang yang layak!

Tapi mengapa aku dipilih?

Mengapa aku dilahirkan sebagai muslim?
Seingatku… aku tak pernah pun meminta…
Mengapa aku dipilih untuk berdakwah?
Ah… aku bukannya alim. aku bukannya baik.
Aku banyak riak. Aku banyak sombong. Aku banyak dosa!
 
Tapi Tuhan… mengapa masih aku yang Kau pilih?

Aku mahu, bahkan terlalu mahu jika diriku diazab di dunia ini. Segalanya kerana aku takut. Ya! Aku terlalu takut. Aku takut diazab di akhirat! Diriku tak layak untuk mencium bau syurga!
Tapi Tuhan… aku tak kuat!

Aku lemah…

Dikala ujian dariMu datang…
Aku gagal. Bukan sekali, berkali-kali.
 
Aku malu Allah…

Aku segan. Aku malu dengan seluruh alam ini.

Disaat diriku dipandang mulia, rupanya di sebaliknya aku hina disisiMu…

Aku tak kuat bahkan terlalu ampuh hatiku…

Tuhan, jawablah… mengapa aku?
Mengapa aku yang Kau pilih?
 
Tuhan..

aku tak pandai bermadah… juga tidak bijak menyusun kata…

Tapi ketahuilah…
Aku merayu…

Izinkan aku menumpang hidup sekali cuma…
Agar diriku, mampu mencintaiMu.
Terima kasih Tuhan…
kerana memilih aku…

Terima kasih Ya Rabbi.

Dan kini… Hanya diriMu matlamatku.
Sekarang dan selamanya…

07 September, 2012

8/9/2012

Sedapnye chef ni masak :(

Assalamualaikum w.r.w.b. Bismillahirrahmanirrahim .

I was baked some cakes a long of just now . And before this minute , my cakes baked . I;m very happy ,, but when i'm tryed that , i like i dosen't put the recipi . Oh my God , how my sisters want to eat ?

My cakes good , but when i put the topping , it become like solid , like 'loamy' . It so hard to eat . Huuu , my sister .. please dont eat my cakes !! I will throw it if i want . Or not , i will donate that to people in need . OK .
Huuuuuuuuuu , sakit perut makan . please !

Sayatatauapa-apa.

Umi masak lagi sedap . Tapi kenapa umi tak tlg masakkan ?  Huhu ..
It easy , because i'm simulating to do that . Argh !


23 August, 2012

Heart

AS-SALAM .

Jika hati yang tidak diisi dengan tarbiah , pengisian rohani seperti perut , sudah tentu hati itu akan 'bersedawa' kerana mempunyai angin yang tersumbat yang banyak dalam perut . Biasanya kalau perut , mudah nak keluar angin sebab boleh keluar melalui anak tekak atau dari mulut . Tapi hati , TIDAK AKAN PERNAH MENGELUARKAN SEDAWA bahkan hati itu akan tetap berada disitu sehinggalah 'makanannya' masuk kedalamnya . Hati itu bayangan dirimu sendiri , jagalah hati kerana disitu punca segala kelakuanmu , tindak tandukmu ...

Hati itu juga yang menghantar dirimu kepada Allah SWT ....

p's : Betulkan andai ada yang salah . Saya masih jahil dan masih lagi belajar. Please , lend me into Jannah =)

Sollu Alan Nabiy
Wallahua'lam
Syahira Hamdan
6 Syawal 1433

Kehadirannya amat berharga



Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum .

Alhamdulillah . Syukur ala nikmatillah . Atas rezeki yang telah Allah SWT berikan . Tidak terhingga nikmat kurniaan-Nya sehingga ada yang tidak bersyukur ! Allah , masukkan kami kedalam golongan yang bersyukur . Amin

Saya nak cakap tentang kakak saya , Syuhada namanya . Nama manisnya ' Syuda ' Itu hanya kawan-kawan dia jelah yang panggil .  Kami adik beradik hanya memanggil kakak , ' kakak '  . Walaupun saya selalu bergurau bodoh , cakap melenting tak tentu pasal dengan dia , dia pun balas yang sama , tetapi dialah satu-satunya kakak yang saya sayang . Tanpa dia , saya tiada kakak . Kakak yang selalu masak buat family , walaupun saya banyak komplen tentang masakan dia , tapi dia tetap masak sebab tahu adik dia yang ini suka makan . Ahak ! =_='

Dialah kebanggaan umi dan ayah sebab berjaya mendapat 9A+ dalam PMR . Haa , good luck lah dalam SPM nanti . Dia pun nampak bersungguh untuk success in SPM. Well  , this make me remember about myself . PMR is around the corner dan umi ayah sudah mula mengingatkan diri supaya fokus pada PMR . OK , i'll lend your proud with my 9A PMR . Just wait and see ;) INSYAALLAH !


Mesti kembang hidung kakak aku bila baca ni . Ahah , whatever la you .. Asalkan dia bahagia =3

Sollu Alan Nabiy .
Wallahua'lam .
Syahira Hamdan .
6 Syawal 1433