16 May, 2012

That knowledge

islamicquotes11:

 living that knowledge is best for you.

Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy.

Assalamualaikum.

Masih segar dalam ingatanku , ketika aku baru mengenal erti halawatul islam.Sibuk membaca kitab-kitab lama milik Umi yang masih tersimpan rapi dan masih tersangat elok . Banyak sangat . Dalam kitab tu banyak edisi-edisi bulanan yang Umi kumpulkan untuk membuat sebuah buku besar. Banyak sesangat . Tak habis tangan nak baca tapi tetap baca kerana membaca kitab itu membuka mindaku yang separa sedar .Allah ..

Pernah ketika , aku menanyakan Umi perihal ilmu . Tanyaku ,

" Umi , kalau orang baik tapi tak pandai lagu mana Umi ? "
" Bagus tu tapi baik dan pandailah lebih baik . " Jawap Umi . 

Otak ku ligat berfikir . Kenapa begitu ya ? . Oh , rupa-rupanya kerana adanya ilmu lah seseorang itu menjadi lebih baik . Amal tanpa ilmu tidak diterima Allah tau ? ( Tak sah )  :)

Dan sekarang , aku 'kehilangan' kitab itu untuk sementara waktu . Kitab itu sudah berhabuk walaupun ia disimpan dalam bilikku . Sedih . Kecewa dengan diri sendiri kerana lebihkan ilmu dunia dari ilmu akhirat. Tahun yang agak menyesakkanlah bagi saya.

Anyways, thanks Allah .
Sematkan cintaku pada-MU wahai Tuhan untuk merasai indahnya menjadi seorang hamba ! Hamba yang bertaqwa . Ameen.

Wassalam.
Dukhturah Sya.