31 January, 2012

Meeting Dhobitah - MTM -



Assalamualaikum . Ini antara salah satu peraturan disiplin . Saya nak tulis satu-satu disiplin tu dalam buku nota , fuh .. memang meng'asyik'kan. Amanah dengan Allah , amanah dengan makhluk . Kerana saya setuju untuk memegang jawatan itu kerana saya tak nampak betapa besarnya amanah itu . Di sekolah saya rasa seperti bahu saya ni condong sikit . Rasa berat pun ada biarpun tak rasa . 


Banyak jugak senarai disiplin yang saya tak tahu rupanya . Baju , tarbus , stokin  , kain dalam, Stongan , kuku , beg , jam , rantai kunci , pin , jarum , lipat tudung dan sebagainya yang saya tak terfikkirrr... Alhamdulillah hari ini 'pekena' menu yang begitu ' menyelerakan ' ...


Saya tak kisah , orang nak benci saya , cemuh saya . Asalkan kerja saya , amanah saya beres.Itu kerja saya , tegas dan berpimpin itu memang prinsip seorang pengawas. Saya pun malas nak hurai panjang-panjang . Bukan ada orang baca pom.kuakuakua....


Tadi nempik sekali di kelas 1 wira ... pertama buat dek je diorang , kali kedua .. semua keluar . Terpaksa .... =,=


Saya takut , andai kak-kak pengawas yang jadik mangsa atas kelalaian kami dalam menjalankan tugas.Saya diberi tugas jaga kelas 2 Wira . .okey , beres je.. =,= .. tepi kelas jew..


Saya tak nak menyohor tentang perlantikan saya itu , biarlah .... biarlah rahsia.huhu. Saya rasa seperti pakai baju putih lagi.. Itu jika dalam kelas , jika diluar kelas .. Ha , baju hijau itu terserlah..HAHAHA ;pp


itu saja..catatan dedikasi hati . luhur murni . Wallahua'lam :))

28 January, 2012

Find the love , please ~





Cari cinta 


Mencari cinta adakah mudah ? Mentafsir segala bicara hati . Merenung jauhnya ke sudut hati . Sudi kah untuk dirimu mencari cinta sejati ? Yang mana mujahadah dalam suasana hidayah ? Mencari jalan pulang dalam sinarnya langkahan ikhlas ?


Aku bukan siapa-siapa . Cari cinta pada Ilahi . Namun takut untuk aku bicarakan , kerana risaunya hati jika bicara tetapi tidak melakukan seperti apa yang diperkatakan . Aku risau . Biarlah itu menjadi rahsia antara aku dan TUHANku .


Mudahkah untuk mencari cinta ?


Cinta , pelbagai tafsiran yang digambarkan . Namun , bukan mudah untuk mencari cinta . Tapi senangnya untuk jatuh cinta . Ya , cintamu pada insan telah tertulis untukmu sejak kamu di alam rahim lagi . Tapi untuk ALLAH ? Adakah ianya juga tertulis di luh mahfuz ? Carilah cinta itu , kerana cinta itu lebih sejati dari cintamu pada makhluk-NYA . 


Wallahua'alam .

26 January, 2012

Dhobita

Follow c u t e s e c r e t s for more cute photos ♥




Assalamualaikum.Okey hari ini first time pakai kasut hitam.Janji dengan kawan nak pakai sekali , tapi dia pulak tak pakai . Katanya masalah stokin pula =='

Pertama kali pergi brifing , terasa ada sesuatu yang berat yang kupikul di bahuku.ya , AMANAH . huwaaa, pleaselah ... 2 tahun lepas lebih saya lepas dari disiplin2x , peraturan2x nih ... tup tup , kena ikut tu ikut ni ... ok , takpa-takpa... try .. 

pertama kali memang lah banyak sogheh , lama-lama insyaAllah okey r . kan ^^
baju hijau , stokin baru , tudung baru , mata pelajaran baru , buku baru , otak baru , hati baru , semuanya baru . biar ianya suci tanpa ada dosa n noda ...

Tadi , bekas stam , amik results . pok soh kata (tukang kebun) , ada sorang budak kemboja dapat 10A , fuhoo..Tahniah akak/abg :)

okey, belajar . amanah . pmr . dhobitah 

24 January, 2012

Masih ada ruangkah ?




Ya, bila aku ketawa . Ada belenggu yang akan tiba . Kecewa akan menjemput untuk bertemu ..
Tidak bolehkah aku terus ketawa yang menjadi penawar jiwa untuk seketika tanpa ada resah di jiwa ?


Izinkan aku untuk senyum manis pada orang tanpa paksaan.
Izinkan aku untuk terus senyum tatkala dilanda masalah..


Masihkah ada ruang untukku bahagia selamanya ?


Ya,aku masih kecil . Remaja panggilan yang sesuai untukku.15 tahun.Ya,mungkin hidupku masih panjang untuk mengerti tentang hidup ini . Dulu masa tingkatan 14 , aku tertanya-tanya di mana bahagia ? Masih ada ruangkah ?


Bila 15 tahun datang bertamu , ya sedikit sebanyak bahagia itu menempa . Alhamdulillah . Memang memerlukan kekuatan yang jitu untuk menempah sebarang kemungkinan yang tidak diingini...


Masihkah ada ruang untuk bahagia ? Masihkah ada ruang untuk senyuman ?
Ya

23 January, 2012

Banyak hari majlis ma,





Assalamualaikum. Alhamdulilllah . Hari ini pekena naik kete ni ! . Best sesangat . Nak tidur pun ada. Biarpun tayar dia tak sama macam kereta mercedes benz tapi best sangat . ada lebih kurang 7/8 tempat duduk.Huwaaa, ngantuk + sejuk . Round-round di kawasan kilang , dekat je dengan rumah dengan kete tu dengan famili , em , cuma mek syuda je xgi...Hoho
Alhamdulillah dapat jugak.Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah . 
Semoga diberkati dan dijauhi riya' dan takbur. insyaAllah.Em,hari ini hari raya cina . tapi ramai pulak yang buat kenduri pada hari ini . Tambah pula saya buat kek . wuhoo..kenyang .. walaupun tak pergi rumah orang cina tu , tapi dia baik sgt . dia bagi ampau . hehehe .. maceh ek uncle .... untie..


petang tu pergi rumah cikgu,dia adakan majlis kesyukuran...best ... tapi sy makan gitu je. malu la nak tambah ;pp .. lebih-lebih lagi ada lelaki di situ..malu + perasan .. ewwwe ;p


okey la, setakat ini saja.maybe , insyaAllah,,
jenuh dah la , cuti ini berapa hari ngadap komputer / laptop .. eiiiiiiiii
kijo sekolah pon nk x siap agyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy !





22 January, 2012

Malam ini ..........


Salam alaik rainbow.Saya tak tau dari mana datangnya 'rainbow' ini . em , mungkin pelangi itu berada di persada langit nan indah.mungkin saya boleh tumpangkan impian saya disana.Agar ia lebih berwarna - warni ^^

Okey, saya tak tahulah apa istimewanya button ' Like ' di facebook biasanya.Ramai yang like status kawan-kawan di facebook.Cemburu? tak sangat . Sebab itu hak dia lah nak like ke tak.Status saya pun 'terjaga' dari like banyak-banyak.Sebab Allah SWT tahu bila like mulalah bangga diri.Padahal bukan ada ape pun..


Tadi pegi pantai timur.Terjumpe ustaz..Orang senyum dia pandang lain pulak.Grr, padahal kat sekolah selalu jumpa.Tak lah selalu sangat =.=,


Beli bahan-bahan nak buat kek.Kek cokelat.Hoho.Adik saya gelar saya 'makcik kek' .. wah-wah , pepandai je die...wek;p
Ya Allah,bantulah aku untuk laksanakan amanah.Janganlah terabai tugasku sebagai seorang pelajar agama/pmr hanya kerana status DHOBITAH.Lindungilah daku dari penyakit hati yang bersarang di situuuu..


Dan ini adalah senarai penarik. 
Facebook , Blogger , Video , Devotees , Dhobitah 


Mereka itulah 'PENARIK' saya , bantulah saya untuk lepaskan diri daripada mereka !!! ==''

20 January, 2012

petua hari ini





Assalamualaikum rainbow..


Petua bangun subuh.Senang saja.


Kalau anda sedang berjaga , JANGAN  tidur ! Teruskan berjagaan anda. Nah , siapa suruh berjaga.. Saya jamin , orang yang tak tidur time orang tidur ( malam la tu ) pasti akan tidur petang nanti. Tu bagi orang yang ngantuklah...Nak tahan dari tak tidur petang pun tak leh jugak.Automatik badan akan berggggeerak lajjjjju ke katil .  BUK! . moga-moga ini tak akan berlaku !

Petang ini ada tuisyen math.rm10 ringgit untuk 2 jam . Bila kawan tanya , tuisyen mana ? ' kat pade tembok ' . berapa yuran ? ' rm10 ringgit ' . berapa jam ? ' 2 jam ~  '


ERGHHRGH! , 10 ringgit untuk 2 jam? mereka bertanya . saya cuma angguk dan senyum.


Saya tahu itu reaksi mereka.Ya , saya rasa berbaloi.Tuisyen kat rumah guru tuisyen itu . 3 orang satu sofa. HOHO . best sesangat. dengan perangai ' gila-gila ' nya , tambah lagi dengan guru yang baik dan sabar . Saya dapat faham.Dan penambahan lagi dengan latihan yang berterusan.
i know i can do it , because them already can do it !

Change


Jangan memandang serong kepada orang yang ingin berubah..Hakikatnya dia mahu berubah walaupun sukar baginya..yang kadang kala akan terbangun dan terjatuh..Bantu lah walaupun perubahan yang berlaku hanya sekecil..Kerana utk melangkah lebih jauh bermula dari langkah yg kecil..

Apam Polkadot

nampak sedap la pulak =p



Assalamualaikum rainbow.Tiba-tiba teringat kat apam polkadot la pulak.Nampak best je.Memang sudah beli pon , kat kedai sekolah.rm1 satu bungkus.Dalam bungkusan itu ada 4 buah apam polkadot.Berbaloi la kot.Sya makan dengan kawan saya, sorang je.Sya 2 dia 2 . HAHA , adil apa ;pp


Tadi ke geogle,picit saluran 'apam polkadot' , macam macam ada . hoho . Ada resepi, first time tengok resepi kat blog tu , naik gila . Nampak macam susah , malas baca.And then , rugilah pulak kalo tak baca awal-awal.Jadi bacalah..Baca,baca , baca dan baca.Heh , senang sangat.Kena ada piping bag,inti,overlette , tepung , perisa,serbuk penaik dan juga filling bag.


Secara ringkasnya,
Gaul bahan-bahan > picitkan adunan > picitkan filling > picit lagi adunan
sampai rata/habis..kalo nak tengok resepi buleh la kunjungi belog ini ..


ciktom polkadot , teratakdhia


sila kunjungilah ye untuk mendapat resepi yang se'molek'nya.Dan harap juga nak try,nk buwi kat kawan.suh try.tapi sebelum bagi kat kawan tu ,mungkin famili chop dulu.hohoho ^^


wassalam :)

Attitude

Mood berubah.

Assalamualaikum.


Nampaknya , saya baru perasan satu perkara.Mood saya selalu berubah.Bukan saya sahaja , antum juga begitu.Dan semestinya , mood yang baik akan buat kita jadi baik dan juga sebaliknya.


Mood orang yang baik walaupun dia tengah tak baik mesti akan ditanya , dipujuk oleh orang disekelilingnya kerana baiknya dia.Seperti begitu juga dengan orang yang tak baik tambah pula moodnya tak baik pastinya orang disekeliling dia akan senyap , menjauhkan diri , sakit hati , geram dan sebagainya.
Berbaik dan senyumlah kerana senyuman dalam kesedihan akan menjadi penawar buat kita dan juga orang disekeliling kita.

Mereka juga pasti akan tersenyum.Allahu Allah.kuasa senyum.Tapi , jangan senyum kepada orang asing.Seperti orang yang mencurigakan , ada niat jahat.Lebih-lebih lagi muslimah.
Muslimah is does not give her smileys too easily to strangers. 

17 January, 2012

Wahai Muslimah,









Para muslimah penggegar ummah,

Tubuh kalian itu walaupun mungkin nampak lemah,
Tapi janganlah dikorbankan maruah,
Pada lelaki yang 'membeli' engkau dengan harga yang murah.

Yang melamarmu melalui facebook, emel dan sms,
Tidakkah kalian lihat mereka telah merendah-rendahkan nilai diri kalian?

Janganlah mudah tertarik dengan kebaikan yang terselindung,
Kalian belum benar-benar kenal yang terselindung,
Lelaki begini hanya melamarmu untuk ke neraka Allah,
Bukan ingin memimpinmu ke syurga.

-Akhi Afdholul Rahman Che Ani-

16 January, 2012

AIM 18 - DEVOTEES

Assalamualaikum..huhu .. devotees.tgk gambar sj ;)







 



AIM , NASYID DEVOTEES TERCALON! ORAIT.WASSALAM.

Sayang Umi dan Ayah

Umi dan ayah ketika makan di RESTAURANT di PENGKALAN CHEPA :))





Assalamualaikum.Semua orang pasti menyayangi ibu bapa mereka.Nauzubillah jangan derhaka.Neraka tempatnya.Saya juga bukanlah manusia sempurna, kerana itu salah silap tidak lepas saya lakukan.Saya sayang umi dan ayah kerana Allah dan kerana mereka ini... lahirkan saya ke dunia fana ini.Mengajar erti kehidupan , sayang , hormat , dan lebih penting umi dan ayah ajar saya solat , selawat dan tahu siapa Allah , Rasul2x , Malaikat , Rukun Iman, Rukun Islam.


Saya sayang mereka.Lillah.
Rasa tak puas hati , geram bercampur aduk sentiasa ada.cuma belajarlah untuk kawal ketidakpuasan hatimu itu...MEREKA sudah cukup banyak banyak bersabar denganmu wahai anak.Doakanlah mereka,sayangilah mereka, sebelum perginya mereka untuk selama-lamanya.Astagfirullah.
Hormati orang tua anda
Peluk dan cium umi dan ayah selagi mereka masih hidup.Minta maaf sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.
Saya akui , malu untuk meminta maaf.Saya juga .Tapi saya titipkan doa dan mohon maaf melalui doa.Semoga Allah SWT memberkati dan merahmatimu wahai umi dan ayah yang kusayangi <3



13 January, 2012

Ukhwah Fillah : Ain.

Ukhwah Fillah,


Assalamualaikum.Rapat tak semestinya lesbian bagi wanita dan tak semestinya gay bagi lelaki.Mereka adalah ikhwan sesama mereka.Akhowat untuk akhowat manakala ikhwah untuk ikhwan.Mereka berpelukan,berjabat tangan , mencium pipi .. .itu bukanlah satu tindakan yang tak senonoh.Itu tindakan yang baik ! . Rasulullah SAW juga melakukan hal seperti ini.Merapatkan silaturrahim sesama mereka.

Saya dulu , mempunyai seorang kawan.Saya rapat dengan dia saja.Namanya Nurul Ain . ( ada dalam artikel saya sebelum ini : menceritakan perihal dia ) . Sebelum balik , saya mesti salam dan cium pipi dia.Mari mana adat itu saya tak tahu.Tiba-tiba.Tapi , saya rasa sayang dan kasih bila berlakuan seperti itu.Itu bukanlah tindakan yang tidak bermoral..Ianya adalah merapat ukhwah ... Allah suka..

Janganlah berangkapan kolot ! ... Trylah cium pipi kawan anda dengan biasa.Ada sayang di situ..Berjabat tangan ada nilai ukhwah disitu.Berpelukan ada berjuang di situ.

Tup-tup selepas lamaaaa itu, dengar kata nya saya dan Ain ini lesbian ?! . Lailahaillah....saya senyap je...
Ain pun senyap..kitorang tak salah...;pp


Saya sayang kawan saya !!! ^_______________^

Best PHOTO's!


Allah tenangnya aku lihat Ka'bah itu..... <3 <3 <3

Sana Sini Devotees

Assalamualaikum . Tadi frast gila duk cari template..Allah..lama...malangnya tak berkenan belaka.Tetap seperti ini lagi templete saya.Em, ini gambar devotees . ada masa mereka lepas pelancaran album "berjalan tanpa henti" ... di singapore dan borak-borak.Enjoy ^^''


Awal kemunculan..Tak matang lagi ^^''








Di Singapore
Gambar paling cute ;p
maybe sebelum show..ceria saja muka mereka.muka mereka memang ceria.sebab tu saya minat ! :))
Saya suka Devotess..insyaAllah LILLAH <3

Bahagia


Bahagia perlu diciptakan
Bukan sekadar diangankan
Dalam setiap keadaan
Dalam setiap kesempatan

Usah terus sengsara
Bahagiamu di depan mata
Ciptakanlah bahagia
Dan sebarkan bahagia

FATIMAH SYARHA

08 January, 2012

NiQab





Lama tak jumpa.Sihat?Esok mungkin ada peluang untuk menghafal sedikit sifir agar tidak dirotani oleh cikgu Fauzan . ( cute mathematics teacher ) . And then , i think and i hope ( no cane ) . Sifir 3-12 , punca kuasa dua , kuasa dua dan kuasa tiga.Sesiapa yang superb math , sudah tentu faham dan tahu.InsyaAllah.


Sekarang , kontroversi tentang niqab.Saya tak berpuas hati kepada sesetengah niqabis yang sombong terhadap sejantinanya.Jika pada kaum Adam itu lain kira,tapi ini kaum Hawa.Kaummu sendiri wahai niQabis.
Usah dikau sombong dengan niqabmu.Kerana jika ada sombong dalam hatimu , kau bukan istiqomah.Adakah dikau memakainya kerana manusia yang tidak punya erti?! . Pakailah kerana Allah , dikau akan bahagia.
Saya tak berpuas hati kerana mereka (niqabis) hanya rapat kepada sekutu dengan mereka.Usah kau timbulkan fitnah.Saya bukan apa-apa.Tapi saya ada hati untuk menilai,sedikit kekecewaan tercalit di sanubari.

Maafkan saya wahai niQabis,andai coretan ini membuatkan hati muliamu tercalar.Namun , ini hanya dedikasi hati.Yang mana saya curahkan isi hati ( tak semua ) . Saya terfikir , mungkin jika seorang itu memakai purdah , dia mungkin akan didekati.MasyaAllah , usah begitu . Purdah atau tidak , itu hak dia.Pada mereka yang ingin berpurdah tidak berpeluang , manakala yang berpeluang tidak mahu pula.Syukurlah dengan kurnia Ilahimu wahai insan.


Saya tidak menyanggah , nak upload gambar.Silakan.Mereka bagus kerana mereka tidak menunjukkan wajah solehah mereka kepada orang lain.Tapi jangan tabarruj wahai saudaraku.Kaulah adalah insan solehah dan bertaqwa.Muslimah dan Mukminah.


Dikau lebih berpengalaman dariku tentang niqab.Saya tidak pernah memakai niqab berbanding kalian.Syukurlah kepada Rabb akan dirimu :)


p's : saya tengah stress kerana saya bercakap dengan 'Alien' dari Cleverbot! . Harap-harap dia tak melampui ;p

Wassalam.

04 January, 2012

Emy > Sahabat Istimewa.ngee~


Sesungguhnya telah datang pertemuan dan pasti akan pergilah segala perpisahan.Tahun baru , telah bermulalah segalanya.Sekolah baru,baju baru,guru baru,diri baru,kelendar baru,iman baru,azam baru,kecintaan yang baru,kawan baru semuanya baru.Dan aku,berpisah dengan sahabat yang baru ku rapat tahun lepas.Yang teramat baik,sayangi..Namanya Nur Amirah Binti Ghazali.pergi ke sekolah baru.Pastinya , bertemu dan berpisah kerana Allah.Usah bersedih.Doa'ku , semoga dia , diberkati dan dirahmati Allah selalu.Semoga sukses dalam setiap exam yang dia lalui.


Ya Allah,dia , sahabatku.Berkatilah dan murahkanlah rezekinya.Semoga setiap detik yang dia lalui.Setiap nafas udara yang dia sedut.Semoga tak lepas dari mengingatiMU yang Rabb.Lindungilah dia dari fitnah dajjal,maksiat,jahiliah dan kelalaian.Aku sayang dia dan doa'ku,limpahilah rahmat kasih-MU padanya.Amin .

Jika dia ( emy ) menulis sebegini INI , Maka aku pasti lebih dari itu , 


●• Sayangkan Kawan Maniskan Muka~> Ashikin , Najwa

●• Sayang Sahabat Sanggup Terluka~> Ain

●• Sayang Kekasih Makin Suka ~> Allah SWT , Rasulullah SAW, ibu bapa  dan......IZU , DDIN

●• Sayang Saudara Membalut Duka~> Syuda,Syazwina,Sofea, Aelea,Raihana

●• Sayang Harta Pada Ketika~> Tiada daya untukku menyayanginya.

●• Sayang Nyawa Usah Di Teka~> kerana nyawa itu satu barang yang bernilai

●• Sayang Ilmu Tiada Pusara~> Madrasah Tarbhiah Mardhiah Panchor

●• Sayang Hati Berbaik Sangka~> ♥ Iman dan Taqwa

●• Sayang Iman Amal Dirangka ~> Setiap tindak tanduk diawasi , semoga sentiasa berjaga.

●• Sayang Ibu Jangan Derhaka~> ♥ UMMI

●• Sayang Ayah Elak Di Murka~> ♥ HAMDAN ♥

●• Sayang Agama Terlindung Petaka~> ♥ ISLAM ♥

●• Sayang Rasul Menjauhkan Neraka~> Sallahualaihiwasallam

●• Sayang Allah swt Syurga Terbuka~> Uhibbu IlALLAH ilal Jannnah
  • Sèñyüm
  • Syükür
  • Sèlålü
  • Såhäbätkü =)

Lihatlah,setiap manusia mempunyai sahabat-sahabat mereka yang tersendiri.Aku,sudah tahu.Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan.Itu LUMRAH.Tapi ya Allah,sabar dan tabahlah hati ini.Sayang sahabat , biarlah berpanjangan hingga syurga.Semoga sahabat yang dirimu sayangi menyelamatkan kamu di SANA.insyaAllah :'))
Ini memories sepanjang 2011...ILYA :)


In Cartoon
Ambik time selepas balik dari kompleks sukan.Lepas hari sukanlah ni.Berposing sakan nga pia.wek;p
Ini Emy (hijau) . Gelap lah pulak gambar ni.Time ni masa tengah hari.Pastu pulak , selindung disebalik kayu.Tu jadik gelap =='' Tapi this is the best memories ;'))
Sahabat Al-Lughotul 'Arabiyyata 2011 :)
Pertandingan Syarahan di sekolah Ma'ahad Muhammadi Tanah Merah.Saya tak ingat sekolah apa.Huu..Kategori lelaki : Johan , Kategori perempuan : Saguhati
With Hanisah chumil :)




Malam gilang gemilang.Dapat hadiah.Hehe ^^ Bersama Ashikin dan Awatif.Thanks to UMI kerana amik gambar.kkiki :DD

P'S :: KERANA RAHMAT-NYA KITA BERTEMU,DAN KERANA RAHMAT-NYA JUGA KITA BERPISAH.REDHAILAH IA.KERANA DISEBALIK ITU , TERSIMPUL SEJUTA HIKMAH YANG TIDAK TERUNGKAI =)