16 January, 2012

Sayang Umi dan Ayah

Umi dan ayah ketika makan di RESTAURANT di PENGKALAN CHEPA :))





Assalamualaikum.Semua orang pasti menyayangi ibu bapa mereka.Nauzubillah jangan derhaka.Neraka tempatnya.Saya juga bukanlah manusia sempurna, kerana itu salah silap tidak lepas saya lakukan.Saya sayang umi dan ayah kerana Allah dan kerana mereka ini... lahirkan saya ke dunia fana ini.Mengajar erti kehidupan , sayang , hormat , dan lebih penting umi dan ayah ajar saya solat , selawat dan tahu siapa Allah , Rasul2x , Malaikat , Rukun Iman, Rukun Islam.


Saya sayang mereka.Lillah.
Rasa tak puas hati , geram bercampur aduk sentiasa ada.cuma belajarlah untuk kawal ketidakpuasan hatimu itu...MEREKA sudah cukup banyak banyak bersabar denganmu wahai anak.Doakanlah mereka,sayangilah mereka, sebelum perginya mereka untuk selama-lamanya.Astagfirullah.
Hormati orang tua anda
Peluk dan cium umi dan ayah selagi mereka masih hidup.Minta maaf sebelum mereka pergi buat selama-lamanya.
Saya akui , malu untuk meminta maaf.Saya juga .Tapi saya titipkan doa dan mohon maaf melalui doa.Semoga Allah SWT memberkati dan merahmatimu wahai umi dan ayah yang kusayangi <3



No comments :