28 January, 2012
Find the love , please ~
Cari cinta
Mencari cinta adakah mudah ? Mentafsir segala bicara hati . Merenung jauhnya ke sudut hati . Sudi kah untuk dirimu mencari cinta sejati ? Yang mana mujahadah dalam suasana hidayah ? Mencari jalan pulang dalam sinarnya langkahan ikhlas ?
Aku bukan siapa-siapa . Cari cinta pada Ilahi . Namun takut untuk aku bicarakan , kerana risaunya hati jika bicara tetapi tidak melakukan seperti apa yang diperkatakan . Aku risau . Biarlah itu menjadi rahsia antara aku dan TUHANku .
Mudahkah untuk mencari cinta ?
Cinta , pelbagai tafsiran yang digambarkan . Namun , bukan mudah untuk mencari cinta . Tapi senangnya untuk jatuh cinta . Ya , cintamu pada insan telah tertulis untukmu sejak kamu di alam rahim lagi . Tapi untuk ALLAH ? Adakah ianya juga tertulis di luh mahfuz ? Carilah cinta itu , kerana cinta itu lebih sejati dari cintamu pada makhluk-NYA .
Wallahua'alam .
Label:
Cinta
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment