Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy.
Alhamdulillah syukur sesangat . Dengan izin-Nyalah saya dapat buat apa yang patut dibuat , yang harus dibuat.Rasa suka sangat sebab subjek Sejarah hanya 1 bab je lagi nak habis. Tu baru tingkatan 3 . HUhuhu , kejar masa . Tingkatan 1 dan 2 pun tak belek lagi. Belek cuma belum baca secara tafsiliyyi
Berdasarkan tajuk di atas ' Aku merinduimu ' hahah cehh . Apa yang dirindui ? Saya amat rindu untuk baca al-quran setiap pagi lagi dan lagi . Setiap pagi wajib baca , kalau tak baca tak sah.Rasa tak tenang kalau tak baca dan pastinya akan moyok pagi-pagi . Jangan lupa amalkan bacaan al-Quran setiap pagi lebih-lebih lagi surah Ar-Rahman sebab banyak fadhilatnya . Alhamdulillah . Ikutlah mana-mana surah pun asalkan ayatul Quran <3 . Jangan lupa baca eh
Can’t remember the last time you sat with the Qur’an? Make it tonight.
Bacaan Ma'thurat pun saya rindu sangat-sangat.Saya tak tahu pah mano buku al-ma'thurat saya . Hhuhu sedih nyo jadi orang gini . Buku hok petim pon boleh iley. Bila baca ma'thurat saya rasa bahagia sebab saya amal pun kerana saya baca fadhilatnya.Hihi beselah budak-budak . Tahu ganjaran je . Janji buat . Tapi bagus jugak la kan , Allah menjanjikan sesuatu yang memang hanya yang TERBAIK , kita buat . Fuuhh, memang bahagia lah . Saya dapat status ni dari seorang abang facebook
Jangan tinggal zikir ma'thurat di pagi hari.Bacalah sambil menyelami maknanya.Siapa yang melazimkannya akan merasakan kesan yang sangat indah. Cahaya seolah memenuhi hati. Jiwanya terasa siap melangkah ke dalam aktiviti harian yang penuh dengan cabaran dan karenah .
Saya rasa makin merindui akan masa-masa yang telah meninggalkan saya di belakang / di hadapan . Sedangkan saya masih terkapai-kapai minta pertolongan tapi 'kapal' tu dah pergi . Jauh nun di sana . Ya mungkin meninggalkan saya keseorangan . Mungkin saya boleh jumpa 'kapal' tu balik jika saya berusaha untuk berenang dengan lebih pantas.InsyaAllah.
Zikir satu lagi.Orang yang mengamalkan zikir otak dia bijak . Hati dia baik , sikap dia penuh dengan sikap mahmudah. Sungguh saya rindu nak duduk dengan orang yang berzikir kerana secara tidak langsungnya dia akan membuatkan saya untuk berzikir juga . Tak perlulah saya rasa janggal lagi bila zikir keseorangan.Ya Rabbi , aku 'rindu'..
Wahai hati-hati yang sedang bermujahadah ,
teruskan langkahmu , biarpun jalan itu bukanlah jalan yang engkau duga
Namun , itulah jalannya
Jalan menuju Tuhan yang Esa .
ps : suka suka suka . Orang tu dah on9 facebook dia
Syahira Hamdan
6 Syaaban 1433
No comments :
Post a Comment