Bismillahirrahmanirrahim.Sollu Alan Nabiy.
Wahai hati yang sudah lamaku tinggalkan ,
hati yang membesar dan terus membesar menegakkan keagungan Islam ,
menulis tinta dengan khalimat cinta ,
demi memburu kasih Ilahi.
Janganlah kerana peperiksaan yang kita akan lalui menyebabkan hati kita yang kemerah-kemerahan menjadi hitam legam.Janganlah menyangka bahawa yang kita buat tanpa solat cukup 5 waktu membuahkan hasil yang lumayan . Apabila kita bersungguh dalam mencapai sesuatu tujuan namun kita tidak berjaya , kita tertanya-tanya kenapa orang bukan Islam , orang yang selalu tinggal solat , dan membuat pekara-perkara mungkar mendapat results/ keputusan yang mantap . Lalu kita mengadu dan menyalahkan Allah kerana tidak adil .
TIDAK ! Jangan sesekali . Jangan ingat mereka itu mendapat dengan belaian rahmat.Bukankah itu satu istidraj yang Allah berikan kepada mereka. Jangan kata umat Islam mundur , kerana mereka ada kuasa.Kuasa yang telah ditetapkan !
Orang yang membaca al-Quran , mereka ada kuasa
Orang yang solat , mereka ada kuasa
Orang yang berdoa , mereka ada kuasa
Orang yang berpuasa , mereka ada kuasa
Orang yang menunaikan umrah / haji , mereka ada kuasa
Orang yang bersedeqah , mereka ada kuasa
Orang yang bersuci , mereka ada kuasa
Orang yang berwuduk , mereka ada kuasa
Orang yang melawan hawa nafsu , mereka ada kuasa
Orang yang berbakti kepada masyarakat , mereka ada kuasa
Kuasa apa ? Kuasa kekuatan . Mereka kuat dalam menjalani kehidupan . Hidup dalam dunia yang kian mencabar . Muhasabah balik , orang yang menyalahkan Tuhan dengan mengatakan DIA tidak adil , hati dia tidak kuat. Tidak kuat dalam kuasa kekuatan.
Ayat-ayat yang telah diturunkan oleh Allah , mempunyai pelbagai fadhilat . Yakin . Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
# Ana minta maaf , tulisan yang ana coretkan huduh . Tidak kemas. Maafkan ana. Sedih yang teramat sangat #
Barakallahufikum.
Wassalam.
Dukhturah Sya.
" Doakan saya menjadi seorang doktor pakar dan berjaya dalam hidup. Amin :) "
No comments :
Post a Comment