Assalamualaikum.
Sedih sebab tak dapat copy dia punya gambar . Cantik sangat avatar kat sana.
Ok habis.
Hari ini , ashikin dan awatif bersama dengan pelajar-pelajar tingkatan lima yang lain pergi ke Tumpat untuk melihat syarahan Bahasa Arab yang disyarahkan oleh kak Bazilah , juga tingkatan lima . Kakak kak Bazilah turut hadir bersama kawannya yang lain.Kakak wani juga ada di sana.Saya tak pergi , biarpun tahun lepas saya gi . Malas pulak ase.Disebabkan cikgu fauzan tak dapat pergi bersama mereka , dia tadak mood nak ngajar.LOL :p
Saya sedih.Kenapa sering kata memakan diri ? Kenapa orang lain tidak kena ? Ada apa dengan saya ?
Allah itu Maha Adil.Susah nak ingat sifat-NYA yang mulia tika sedang tahzan shadidd . Lapkan air matamu , lepaskan segala yang terpendam dihati , yang bersarang di otak , lepaskanlah . Lepaskanlah pada Tuhanmu . Tuhanmu yang Maha Mengetahui tentang kamu . Tika engkau habis berbuat demikian , buatlah perkara lain . Tika itu , kau akan mengetahui Allah itu bersifat dengan Shiffatul Karim . Kau akan tahu dan kau akan merasainya. Kenapa ? Kerana orang disekelilingmu mempengaruhimu , rezeki yang terhidang dihadapan matamu adalah nikmat dari Tuhanmu . Biarpun kau mengeluh dan mengatakan bahawasanya Allah SWT itu tidak adil , certainly kau akan menarik balik kata-katamu . Jika DIA tidak adil , mengapa masih ada rezeki dihadapanmu ? Tidak kisah rezeki dari sudut mana , mahupun dari segi makanan , pakaian , air , aaastasuul bait , etc. Tengok , banyak yang Allah bagi !
Duhai hati , sabarlah kerana janji Allah itu pasti !
Bekunya air mata dari kerasnya hati ,
Kerasnya hati dari banyaknya dosa,
Banyak dosa dari lupanya mati ,
Lupanya mati kerana terlalu cintakan dunia.
----------------------
Alhamdulillah.
Dukhturah Sya
No comments :
Post a Comment